Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label hangat. Show all posts
Showing posts with label hangat. Show all posts

Monday, April 29, 2013

SEMAKIN DEKAT, SEMAKIN HANGAT...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada lebih kurang seminggu lagi kita akan mengundi. Kepada yang layak, pergilah mengundi. Kepada yang belum layak a.k.a belum cukup umur, nilai dan kaji setiap parti yang berkempen. Undi kita adalah hak kita. 

Saya terima risalah kempen dari kedua-dua belah parti yang mengajak saya mengundi parti masing-masing. Saya memang sayangkan Malaysia. Pilihan harus dibuat tetapi parti yang mana satu yang akan saya pangkah? Undi adalah RAHSIA. Saya tahu apa yang saya nak pangkah.

Mungkin kita sepatutnya tengok parti yang bertanding dan kita kena sokong apa saja pilihan parti tersebut. Tetapi, perlu diingat juga, calon yang diletakkan di tempat kita pun perlu diperhatikan. Kita kena tengok reputasi calon tersebut, apa yang telah dia buat untuk penggal sebelum ini kecuali calon muka baru. Tapi kalau sebelum ini pun dia tak buat apa-apa dan sekarang baru nak tunjuk muka sambil meraih undi, rasanya calon macam ini selepas PRU mesti hilang dan susah nak tolong rakyat.

Kuasa untuk memilih di tangan rakyat. Pemimpin yang dipilih rakyat haruslah bekerja untuk rakyat. Pemimpin yang dipilih rakyat kenalah berusaha untuk tidak membebankan rakyat. 

Setiap undi yang dibuang sangat BERHARGA. Parti mana pilihan kita? Kita saja yang tahu. Mengundi dengan bijak. Kita yang memilih siapa pemimpin kita.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, April 16, 2013

DULU KAWAN, SEKARANG MUSUH...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Musim Pilihanraya Umum 13 dah bermula. Malah, dah makin hangat. Setiap parti sedang berkempen meraih undi. Setiap parti ingin menang pilihanraya kali ini. Bermacam-macam cara digunakan untuk menarik pengundi untuk mengundi parti masing-masing.

Tetapi, saya agak kecewa apabila PRU ini menjadi penyebab putusnya ikatan persahabatan dan ada juga yang sanggup bercerai berai. Padahal, kalau hendak dibandingkan dengan apa yang akan berlaku di Padang Masyar nanti, ini bukanlah apa pun.

Tak perlu rasanya kita terlalu taksub dengan perkara-perkara sebegini. Cukuplah sekadar mengambil tahu dan membuat pilihan yang pada hemat kita, terbaik untuk kita dan negara Malaysia yang tercinta. Kita perlu tahu, UNDI ADALAH RAHSIA.

Perbezaan fahaman politik tak semestinya kita kena berjauhan. Kita masih boleh makan bersama-sama. Bersembang bersama-sama. Bermain bersama-sama. Tetapi, apa yang berlaku sekarang adalah berlaku pepecahan dan saling benci membenci antara satu sama lain. Sampaikan kawan karib sejak kecil boleh menjadi musuh yang paling ketat.

Ini cuma coretan pendapat saya saja. Korang ada pendapat lain tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka