Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

DULU KAWAN, SEKARANG MUSUH...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Musim Pilihanraya Umum 13 dah bermula. Malah, dah makin hangat. Setiap parti sedang berkempen meraih undi. Setiap parti ingin menang pilihanraya kali ini. Bermacam-macam cara digunakan untuk menarik pengundi untuk mengundi parti masing-masing.

Tetapi, saya agak kecewa apabila PRU ini menjadi penyebab putusnya ikatan persahabatan dan ada juga yang sanggup bercerai berai. Padahal, kalau hendak dibandingkan dengan apa yang akan berlaku di Padang Masyar nanti, ini bukanlah apa pun.

Tak perlu rasanya kita terlalu taksub dengan perkara-perkara sebegini. Cukuplah sekadar mengambil tahu dan membuat pilihan yang pada hemat kita, terbaik untuk kita dan negara Malaysia yang tercinta. Kita perlu tahu, UNDI ADALAH RAHSIA.

Perbezaan fahaman politik tak semestinya kita kena berjauhan. Kita masih boleh makan bersama-sama. Bersembang bersama-sama. Bermain bersama-sama. Tetapi, apa yang berlaku sekarang adalah berlaku pepecahan dan saling benci membenci antara satu sama lain. Sampaikan kawan karib sejak kecil boleh menjadi musuh yang paling ketat.

Ini cuma coretan pendapat saya saja. Korang ada pendapat lain tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, February 3, 2013

2ND YEAR OHSEM ANNIVERSARY AKU CUMA SEORANG KULIKUTIF !!! GIVEAWAY

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tak perasan pula sahabat terbaik saya ini buat Giveaway. Saya mestilah join tanda saya menyokong dia. Kenapa saya kata dia sahabat terbaik saya? Sebab Remy ini sentiasa ada walaupun semua kawan-kawan yang lain telah menghilangkan diri. Cuma dia saja yang setia dengan blog saya. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Remy sebab dialah saya ada semangat untuk terus berblogging.

Giveaway ini senang je nak join? Tak payah nak tag dan bagai-bagai lagi. Cuma kena follow blog dan like fan page Remy je. Tak susah pun. Orang nak bagi hadiah, apa salahnya kita mencuba. Mungkin ada rezeki saya takpun rezeki anak saya si Mayeesa. Hehehe.

Anyway, dah lama sangat saya tak join apa-apa Giveaway daripada mana-mana blogger disebabkan busy dengan kehidupan berkahwin dan kini dengan si Mayeesa. Sayang nak berenggang dengan Mayeesa ni. Hehehe.

Remy beritahu tarikh tutup Giveaway ini adalah pada 28hb Februari 2013. So, jom ramai-ramai kita join Giveaway ini. Kalau korang dapat hadiah, bagilah kat saya ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 9, 2012

"SAHABAT YANG BAIK AKAN ..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Hendak mencari sahabat yang "betul-betul sahabat" adalah sangat susah. Sahabat masa gembira memang banyak tapi sahabat masa susah memang tak susah nak dicari. Oleh itu, kalau korang jumpa sahabat yang ada semasa korang susah dan senang, hargailah mereka.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka