Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label segmen follower. Show all posts
Showing posts with label segmen follower. Show all posts

Monday, February 4, 2013

SEGMEN PENCARIAN BLOGGERSTARZ

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tengah blogwalking, ternampak satu segmen yang menarik perhatian saya. Lagipun banner segmen ini pun cantik juga, bagi saya la. Bagi korang, saya tak tahu. Saya pun terjah ke blog penganjur sebab nak tengok cara nak masuk segmen ini. Kalau banyak sangat benda nak kena buat, memang saya tak nak masuk. Tapi, syarat-syaratnya simple je. So, saya pun joinlah.

Saya nak kena ceritakan saya sepanjang saya berblogging ini. So:

PENGALAMAN PALING BEST

Pengalaman paling best saya dalam sejarah saya berblogging adalah apabila Nuffnang saya buat pertama kalinya dapat di'cash out'kan dan saya dapat Cek daripada pihak Nuffang. Masa itu, saya rasa seronok sangat walaupun jumlahnya bukanlah banyak mana pun.

PENGALAMAN PALING HAMPEH

Pengalaman paling hampeh yang pernah saya lalui ialah apabila blog saya di'block' oleh pihak Google disebabkan ada orang meletakkan virus di kod blog saya. Disebabkan pada masa itu saya menggunakan Hosting NetKL, so, saya tak pasti cara untuk delete virus tersebut, saya terpaksa delete blog saya di Hosting tersebut. Nasib baik blog saya di Blogspot masih ada lagi dan saya terus menggunakan blog lama saya ini. Tetapi masalah lain pula timbul apabila domain saya pun di'blacklist'kan dan sesiapa yang ada link dengan domain saya akan diberi amaran 'Malware'. Saya terpaksa menghantar ticket rayuan kepada pihak Google dan terangkan tentang blog saya di Hosting NetKL yang telah saya delete. Akhirnya domain blog saya ini dibersihkan daripada 'blacklist' tersebut.

Inilah antara pengalaman-pengalaman yang saya pernah lalui semenjak berblogging. Ada banyak lagi tapi saya rasa ini yang saya patut kongsikan.

"Saya Nak Masuk Bloglist Geng Ohsem"

Tarikh tutup segmen ini adalah pada 21hb Februari 2013.

Korang rasa korang nak jadi BloggerStarz tak? Kalau nak, cepat join segmen ini sebelum terlambat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, February 3, 2013

SEGMEN SAYA FOLLOW U, U FOLLOW ME BY MSELIM3

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya jumpa segmen ini di blog Remy. Nampak menarik je. So, saya pun decide untuk join segmen ini. Segmen dianjurkan oleh saudara Mohd Selim ini. Harapan saya sama juga dengan saudara Mohd Selim iaitu dengan blogwalking, kita dapat menambahkan lagi rakan-rakan di dalam dunia maya ini di samping saling bertukar-tukar fikiran di antara satu sama lain. Dah macam karangan SPM pula kan? Hahaha.

Anyway, jomlah ramai-ramai join segmen ini. Mungkin korang yang kurang Follower tu boleh bertambah follower. Dengan join segmen sebegini, korang ada peluang untuk tingkatkan trafik ke blog korang. Saya pun mula naik dengan join segmen-segmen sebegini. Tak kisahlah siapa yang buat segmen ini. Jangan asyik nak join segmen daripada Otai Besar je. Kenalah support blogger-blogger biasa seperti diri saya ini.

Saudara Mohd Selim beritahu segmen ini tutup bila dia bagitau tutup nanti. So, maknanya tarikh tutupnya tak ditentukan lagi sehingga diberitahu. Saudara Mohd Selim juga kata akan buatkan senarai blogger yang join segmen ini. Senang kan? Tak perlu susah-susah sebab saudara penganjur dah tolong senaraikan dan bagi backlink lagi kat blog korang. So, apa korang tunggu lagi. Cepat join ramai-ramai.

p/s : Kalau korang dah follow saya, tolong tinggalkan komen di entry ini ye? Senang saya nak follow balik.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 1, 2012

SEGMEN TAMBAH FOLLOWERS SAMPAI BERIBU

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak join segmen yang dianjurkan oleh Rochelle. Nama macam coklat kan? Saya rasa penganjur segmen ini suka makan coklat. Saya pun. Hehehe.

Saya start berblogging pada 28hb Ogos 2010. Ada time yang saya terlalu sibuk sampai lupa kepada blog ini. Lama juga dibiarkan sehinggalah tahun lepas baru aktif balik. Itu kira macam mana ek? Hehehe.

Segmen ini tutup pada 1hb Jun 2012 pada 9 malam / 10 malam. (Boleh plak ada slash kan? Hehehe).

So, sempat lagi ni. Jom join ramai-ramai.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, April 26, 2012

SEGMEN NASZ : FOLLOW AND COMMENT


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya seperti biasa hari ini sihat saja. Saya nak buat satu segmen simple untuk korang yang sudi join. Saya tak menjanjikan trafik dan follower meningkat secara mendadak tapi kalau korang USAHA, Insya Allah.

Cara nak join adalah :

1. Buat satu entry, copy gambar header saya kat atas tu dan paste ke dalam entry korang. Jangan lupa link kan ke entry ini.

2. Salin tajuk ni, "SEGMEN NASZ : FOLLOW DAN COMMENT"

3. Tolong VOTE saya kat  http://goo.gl/ZdZT9 dan kalau sudi, tolong letakkan link ni dalam entry korang serta tolong minta kawan-kawan korang VOTE sekali. (Tak wajib tapi ikut keikhlasan hati korang).


4. Siap? Publishkan dan letakkan url entry korang tu kat ruang komen di bawah.


Itu saja. Satu list untuk korang blogwalking sambil follow dan comment akan disediakan.


PERHATIAN :
MOHON BLOGGER YANG JOIN SEGMEN NI, SILA PASTIKAN BLOG KORANG BOLEH DIFOLLOW DAN BOLEH DICOMMENT.

Segmen ni saya buka sehingga 11.00 malam ini (26hb April 2012) saja. 

So, jom join ramai-ramai segmen saya ni ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 2, 2011

SEGMEN 1 HARI : TAMBAH RAKAN FOLLOWER

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Join segmen tambah follower pulak saya ni. Hehehe. Segmen ni dianjurkan oleh Cik Dila. So, sebab segmen ni nampak menarik dan saya pun tengah rajin nak join segmen macam ni, dengan besar hati saya join.

Segmen ni simple je. Tak payah nak tag sape-sape pun. Tarikh tutupnya 3hb Oktober 2011 (pukul 10 malam).

So, jom join ramai-ramai. Kasi gegar segmen tambah follower Cik Dila ni. Hehehe.

p/s : Hadiah Giveaway Simple saya dah ada. Tunggu masa nak buat. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 15, 2011

SEGMEN AIMIE DIYANNA : SEGMEN XX- TRA FOLLOWERS

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama tak join segmen. Terasa pagi-pagi buta ni nak join segmen plak. Hehehe. Tengah berblogwalking kat dashboard tadi, ternampak segmen yang dianjurkan oleh Cik Aimie Diyanna.

Saja je nak join segmen ni. Nak support geng blogger. Saya pun bukan bagus sangat. Sama-sama kita support geng-geng blogger kita yang lain kan perkara yang baik? Hehehe.

Nak merapu skit bleh? Hehehe.

Keheningan pagi yang gelap terganggu dengan satu dentuman yang kuat. Cem terbangun dari tidur yang tak berapa lena. Cem yang menyewa di sebuah pondok yang beratapkan bumbung apartment 15 tingkat dan tiada tingkap cuba mencari sekelumit tingkap kecil. Setelah memuaskan diri mencari tingkap kecil yang sememangnya tiada, Cem mengambil keputusan untuk tidur balik. Esok kerja fikir Cem.

"Bomm!!!"

Baru nak terlena, bunyi lagi. Bunyi macam meriam je. Cem bingkas bangun macam kanggaroo. Terasa agak bengang sekejap. Tapi oleh kerana kebangangan Cem yang begitu bangang sekali, Cem menjadi seorang yang blur. Cem baring semula kat tilam nipis bersalut selimut kerana kesejukan kipas angin di sebelah bawah kanan Cem yang menjadi teman setia Cem.

Cuba melenakan dirinya semula dan tiba-tiba,

"Bommm!!!"

Bertambah kuat bunyinya. Cem makin bengang. Tidurnya terganggu.

"Siapa main meriam pagi-pagi buta ni? Sat aku lempang sedozen baru tau"

Ngomel Cem seorang diri. Cem terus keluar dan mencari sape yang membunyikan meriam yang mengganggu saat ketiduran Cem. Ada seorang budak sedang menyalakan sebuah meriam yang diperbuat daripada muncung kereta kebal.

"Woi. Bangang ke main meriam pagi-pagi buta ni. Orang nak tidur la"

Jerkah Cem dengan penuh kehormatan diri. Budak tu dengan bengang memusingkan muncung meriam tu. Dan dicucuhnya.

"Bommm!!!"

Korang teka apa yang terjadi seterusnya. Hehehe.

Kena tag 3 orang plak. Saya tag:

Solicious
Zul Fattah
Anamizu

Tarikh tutup : 25hb September 2011 (Boleh dipanjangkan hingga 30hb September 2011)

Korang tengok apa lagi? Join la.

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka