Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label segmen review. Show all posts
Showing posts with label segmen review. Show all posts

Monday, May 6, 2013

SEGMEN REVIEW PERCUMA

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya pun tengah bosan dan tak tahu nak update apa, saya terperasan ramai rakan blogger di bloglist saya join segmen review percuma ini. Macam menarik. Lagipun, dah lama tak ada oran gnak review blog saya. Hehehe.

Bagus juga kalau ada orang review blog kita. Sebab kita bukan perasan kelemahan blog kita. Pembaca blog kita saja yang tahu bagaimana prestasi blog kita. Mungkin cantik dan bagus di mata kita tapi di mata pembaca kita tidak.

Jangan fikir,

"Ini blog aku, aku punya pasallah nak buat macam mana pun"

Kalau korang nak buat blog yang korang tak nak orang lain baca, saya pun tak kisah. Tapi, kalau korang buat blog nak orang lain baca, jangan sombong. Terima kritikan dan perbaiki blog korang. Blog saya pun bukan bagus dan masih banyak kena diperbaiki lagi.

Tarikh tutup untuk segmen ini belum lagi dikenalpasti oleh penganjur. So, jemput join segmen ini ramai-ramai.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, October 21, 2011

SEGMEN NASZ : LU REVIEW GUA, GUA REVIEW LU. OK?

TUTUP PENYERTAAN
TUNGGU PEMBAHAGIAN KUMPULAN UNTUK SALING REVIEW


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak buat segmen ringkas tapi bermakna. Hehehe. Segmen ni saya buat untuk korang saling review mereview blog yang akan saya pasang-pasangkan.

Senang je nak join. Korang cuma kena buat:

1. Buat satu entry sambil copy dan paste Header kat atas sertakan linkkan ke post ini.

2. Salin tajuk ni, "SEGMEN NASZ : LU REVIEW GUA, GUA REVIEW LU. OK?"

3. Tulislah kata-kata yang korang rasa ingin korang sampaikan.

4. Tinggalkan url korang kat ruang komen.

Itu je. Saya akan bahagikan korang nanti ikut saya. Hehehe.

Amaran : Blogger yang join segmen ni, kena review blogger yang saya dah pasang-pasangkan. Tak boleh join segmen ni pastu tinggalkan je. Jujurlah dengan diri sendiri. Walaupun saya tak nampak, tapi Allah nampak. So, sebelum nak  join, korang fikir dulu sama ada korang mampu nak teruskan atau tidak. Itu je.

Saya nak buka kejap je. Tutup pada 21hb Oktober 2011 (pukul 11 malam).

p/s : Nak segmen ni ada impaknya. Bukan melepaskan batuk di tangga batu rukun tetangga je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka