Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label follow je. Show all posts
Showing posts with label follow je. Show all posts

Monday, July 11, 2011

FOLLOW?

Credit Google

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Saya tahu ini isu lama tapi saya nak cerita mengikut pendapat saya sendiri. Memang ada banyak blogger yang selalu tinggalkan ayat minta kita follow balik. Saya tahu ada blogger yang tak suka macam tu. Minta buat entry best-best baru nak follow. Cuma cuba kita fikir balik, entry kita best ke nak buat orang lain follow? Saya mengaku entry saya tak best sebab saya ni jenis merepek merapu je tulis entry. Saya lebih kepada pendapat saya sendiri dan dalam tulisan saya sendiri.

Persoalannya, bila dia minta korang follow dia balik, korang ada ke pergi ke blog dia dan baca entry dia? Kalau korang pergi dan baca dan korang tak suka dan korang blah dari blog dia, ok la. Tapi bagi yang tak pergi jenguk langsung ni apa kes? Dia sudi datang blog kita untuk follow kita walaupun dengan niat tapi kalau kita selalu update blog dengan entry best, dia mesti akan baca kan?

Apa salahnya kita follow dia gak? Mungkin dia ada idea dan entry yang boleh dikongsi dengan kita? Follow je. Bukan susah pun. Tekan Button Follow dan Tekan OK. Habis Cerita.

Kalau dia tak updated blog langsung, entry dia takkan keluar dalam dashboard kita, tak semak pun. Kita tak rugi apa-apa pun.

Ini cuma pendapat saya je ye? Tolong jangan buat perhimpunan untuk santau saya k? Sesape yang terasa, saya minta maaf dari hujung kat atas sampai hujung kat bawah.  Seperti tagline Amir Maharaja Lawak ... "I'm Sorryyyy". Hehehe...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka