Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, May 9, 2013

KENAPA BANGKITKAN ISU PERKAUMAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam suratkhabar dua tiga hari banyak keluar berita yang bagi saya seperti ingin menyemai kebencian terhadap kaum lain. Perlu ke kita buat begitu? Kenapa nak cambahkan lagi kebencian antara sama lain?

Negara Malaysia kita bukan besar seperti Amerika Syarikat ataupun Eropah. Negara kita kecil je. Negara kita ini terdiri daripada berbilang kaum. Kalau setiap kaum berbalah dan bergaduh, apa akan jadi dengan Negara Malaysia?

Saya menyeru semua untuk hentikan provokasi di antara kaum di Malaysia. Mari kita bersatu dan bersama-sama majukan Negara Malaysia ini. Mari kita hidup aman dan harmoni di bumi Malaysia.

Apa kata korang?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. Saya sokong. Negara kita suatu ketika dahulu sangat dipuji terutama daripada pemimpin negara2 besar sebab negara kita mempunyai pelbagai kaum dan boleh hidup dalam satu negara yang aman. Bila timbul isu macam ni, secara tak langsung perspektif yang pernah mereka berikan pada kita bakal hilang.

    Sekadar pendapat dari student International Studies.

    ReplyDelete
  2. setuju nasz.....
    risau juga bila kaum melayu semakin berpecah belah hanya kerana fahaman politik.....

    ReplyDelete
  3. Ini mungkin kerana orang muda sekarang buta sejarah. Celik FB. Hmmm. Susah juga ya kalau orang muda sekarang tidak berfikir kritis dalam melontarkan idea mereka di dunia serba maju ini.

    ReplyDelete