Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Ini cerita minggu lepas. Saya tak sempat nak update dalam blog tapi gambar di bawah ini, isteri saya uploadkan dalam Facebook dia. Saya curi je. Hehehe.
Mayeesa demam sampai nak tidur pun menangis. Tak selesa kot. Ada ubat demam masa Mayeesa buat suntikan umur 3 bulan dulu tapi rasanya dah expired. Nurse yang bagi ubat demam tu dulu cakap ubat demam ini hanya boleh tahan lebih kurang 3 minggu je rasanya.
So, isteri saya dah memang beli Pelekat Bye Bye Fever dan buat simpanan kalau Mayeesa demam. Sebab itu dalam gambar ada tampalan di dahi Mayeesa. Korang tengok Mayeesa duk gelak-gelak tu sebab isteri saya tengah agah-agahkan dia. Mayeesa ini suka bila orang agahkan dia.
Esoknya, isteri saya rasa badan Mayeesa still panas dan minta saya bawa Mayeesa serta isteri saya ke klinik kesihatan. Sampai je klinik, check suhu badan, dah turun pula. Tapi, pegawai perubatan tu bagi juga ubat demam dan ubat selsema in case Mayeesa demam balik.
Nasib baik dah sembuh. Huhuhu. Risau juga sebab dia menangis tak selesa malam-malam sampai tersedu-sedu.
p/s : Sekarang ini muka Mayeesa kena gigit nyamuk sampai berbintik-bintik merah masa duduk kat kampung. Nanti saya updatekan.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
Demam tetapi tetap comel bayi anda.
ReplyDeleteSiapa tidak bimbang kalau anak demam panas. Tubuh kecil tidak mampu menzahirkan kesakitan yang dialami.
ReplyDeleteala siannya dia demam...... pastu kena gigit nyamuk lagi......... semoga cepat sembuh ye sayang.....
ReplyDelete