Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Hari ini adalah Hari Pekerja. So, ramai yang cuti hari ini. Ada yang pastinya kerja dan mungkin akan dapat cuti gantian. Setidak pun dapat triple pay gaji hari ini. Apa-apapun, Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja yang cuti dan yang bekerja.
Hari ini saya cuti. Semalam pun saya hampir tak perasan hari ini cuti. Nasib baik tahu semalam. Kalau tahu hari ini, pagi-pagi bangun, siap-siap pakai baju kerja dan pergi pejabat takde orang. Tak ke naya? Hehehe.
Pagi tadi pun saya terjaga awal tapi disebabkan saya dah tahu hari ini hari cuti, saya sambung tidur balik. Selepas beberapa tidur, saya terdengar suara Mayeesa menangis beralun-alun. Saya pun toleh ke arah Mayeesa dan Mayeesa dah pun bangun. Isteri saya cakap Mayeesa dah bangun awal pagi tadi dan dah mandi pun.
Biasanya Mayeesa ini bangun lambat je. Saja biarkan dia tidur lama sikit. Tapi, lain pula hari ini. Orang lain nak bangun lambat tapi Mayeesa pula yang bangun awal. Sekarang ini pun dah pandai merengek minta orang main dengan dia. Suruh kita sembang dengan dia. Kita sudah semestinya tak faham apa yang dia nak bagitau. So, layan je la.
Seperti biasa, Mayeesa akan berpusing dan meniarap. Dengan sebelah tangan dalam mulut, dia mula merengek dengan nada yang dia rasa menarik. Bila tengok orang tak layan dia, lagi kuat dia merengek. Mayeesa merengek dan kemudian dia akan berhenti, mata tengok sekeliling ada tak sesiapa layan dia, kalau tak ada, dia terus merengek.
Rasa nak gigit-gigit telinga comel dia. Geram. Hehehe.
p/s : Gambar di atas hasil sahabat saya dan isteri saya. Terbaik!
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
mayeesa dah pandai merengek ye.......nak bermanja ler tu......
ReplyDeletebiasa la tu.. kena rajin layan lah lepas ni... merengek takpe, jangan meraung..
ReplyDeletealolo..comelnyer dia
ReplyDeletekathy follow sini ke 2413
http://coretanhatikathy.blogspot.com
Saya pada awalnya tak suka bayi. Pengotor. Susah. Menangis je tau.
ReplyDeleteNamun segalanya berubah apabila dapat anak menakan. Suka ngobak. Heh. Tapi layan jelah.
ala comei2
ReplyDeleterambut dia bez..terpacak..hehe