Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, May 21, 2013

BANDAR HO CHI MINH : HARI KEDUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini adalah hari kedua kami di Ho Chi Minh. Bangun pagi agak lambat sebab semalam ronda night market berdekatan dengan Ben Tahn Market. Pihak hotel ada sediakan sarapan pagi percuma dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Bab makan ni risau juga sebab Ho Chi Minh bukan negara Islam.

Kemudian, kami terus berjalan menuju ke Ben Tahn Market. Banyak blog-blog yang saya baca mengenai Ben Tahn Market ini. Memang banyak barang dijual yang boleh buat orang yang datang rambang mata. Harga yang dorang mula-mula letak memang mahal. Kena tawar harga kurang dari separuh. Isteri saya terus jadi pakar tawar menawar harga sampaikan penjual tu merungut dalam bahasa Vietnam.

Kebetulan pula jumpa geng dari Malaysia. Kami mula kenal dengan kakak dan abang ini malam hari pertama di Kedai Hajjah Basiroh. Sembang-sembang je. Rupa-rupanya kakak dan abang ini selalu juga datang Ho Chi Minh untuk membeli belah. Sempoi je dorang. Dorang ada tolong tawarkan harga untuk isteri dan emak saya kain pasang. Memang best dan puas hati bila dapat beli dengan harga murah.

Tugas saya adalah menjaga Mayeesa. Biasalah, kaum ibu shopping, kaum bapa jaga anak la. Hehehe. Banyak juga kami borong. Kain pasang, cenderamata, beg dan baju. Dah boring jalan-jalan dalam Ben Tahn Market, kami keluar untuk cari kedai makan yang halal. Terjumpa kedai makan Haji Abdul Halim. Memang mahal juga. Satu pinggan nasi goreng pun harganya dekat RM14. Memang mahal makanan halal kat sini. Lepas makan, masa nak keluar, hujan lebat pula. Terus cari teksi dan balik ke hotel. Sampai hotel dalam pukul 1 lebih petang waktu Ho Chi Minh. Rasa letih sangat sebab banyak berjalan dan cuaca yang agak panas, kami tertidur sampai pukul 5 lebih petang.

Bangun tidur, terus bersiap dan keluar lagi. Kali ini kami berjalan sampai Plaza Zen. Tempat eksklusif yang saya rasa untuk orang kaya je. Kami patah balik ke Ben Tahn Market dan secara tak sengaja terjumpa Minh Collection. Memang isteri saya tengah cari kedai ini. Masuk dalam kedai, jumpa balik abang dan kakak yang jumpa di Ben Tahn Market tadi. Saya pula sibuk cari Money Changer sebab duit Vietnam Dong saya terhad. Kalau nak pergi kedai makan dan naik teksi, ada Vietnam Dong senang.

Lepas itu, kami terus pergi Night Market yang baru nak dibuka. Sambil tengok-tengok, sambil tu tawar harga terendah. Lama juga kami berada di Night Market sampai dah nak tutup Night Market itu. Memang shopping sakan. Pastu baru teringat kami tak makan malam lagi. Kami ingat nak makan di Restoran Hajjah Basiroh tapi dah tutup. So, ternampak Restoran Halal Saigon. Kami makan nasi goreng je. Harganya pun lebih kurang macam Restoran Haji Abdul Halim. Tapi murah sikit. Lepas makan, terus kami cari teksi dan balik hotel. Tak mampu nak jalan dah. Sakit kaki sangat.

Tapi rasa puas bila dapat beli dengan harga murah lepas tawar harga terendah. Jumpa sepasang suami isteri dengan anak perempuan dari Gelang Patah, Johor. Dia beritahu berjalan ke depan sikit dari Ben Tahn Market ada satu plaza namanya Plaza Taka. Banyak juga baju yang murah-murah. Esok Insya Allah boleh menjelajah kat sana pula.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

2 comments:

  1. wow bestnya dapat pergi luar negara.

    passport berapa erk buat ?

    ReplyDelete
  2. Hamir Rahman,

    best juga. 1st time. Hehehe.

    Tentang passport tu, Hamir Rahman boleh baca di entry di bawah :

    http://www.mohdnaser.com/2013/04/pasport-malaysia-siap-1-jam.html

    ReplyDelete