Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label tak sangka. Show all posts
Showing posts with label tak sangka. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

SIAPA KATA RAKYAT MALAYSIA TAK PRIHATIN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dua hari lepas saya ada kenduri berdekatan dengan area Bandar Tun Abdul Razak. Rumah saudara sebelah isteri saya. So, habis saja kenduri tersebut, kami singgah ke rumah abang ipar saya di Bandar Tun Abdul Razak untuk rehat-rehat. Kemudian, wife saya pun ajak saya bermalam di sana. Saya memang tak kisah pun.

Kemudian, esoknya, wife saya ajak saya naik LRT dengan Mayeesa dan seorang anak saudara kami yang rapat dengan kami. Saya layan je. Lagipun, stesen LRT dengan rumah abang ipar saya tu agak dekat juga. Cuma perlu berjalan kaki lebih kurang 5 minit je. Memang dekat. Lagipun, niat wife saya nak bawa anak saudara kami tu, Hafiy untuk naik LRT sebab dia belum pernah naik LRT.

Saya dan wife saya bergilir-gilir dukung Mayeesa sebab Mayeesa sekarang ini dah makin berat. Lenguh juga tangan kami nak dukung dia selalu. Sambil tu tak dilupakan kepada Hafiy. Memang nampak happy gila Hafiy masa tu sebab dapat jalan-jalan.

Kami bayar di mesin automatik dan dapat token. Kemudian, naik tangga ke platform untuk tunggu LRT sampai. LRT sampai, kerusi penuh tapi orang taklah ramai sangat. Saya dan wife saya pun tak kisah sangat pun. Tapi, tiba-tiba ada seorang perempuan bangun dan panggil wife saya duduk. Saya memang tak sangka sebab saya dah lama sangat tak naik LRT ini. Biasalah, di Bagan Datoh mana nak ada LRT kan? Mungkin masa depan nanti ada?

Lepas itu, seorang lelaki yang duduk sebelah dia pun bangun suruh saya duduk. Pada masa itu, saya tengah dukung Mayeesa yang tengah lena tidur. Memang lena betul Mayeesa tidur masa tu. Tak tahulah kenapa. Hahaha.

Kami pergi ke Sogo. Saja jalan-jalan sambil shopping barang Mayeesa sikit. Kemudian, perkara yang sama berlaku semasa kami naik LRT untuk balik. Mesti ada orang akan bangun dan bagi tempat duduk dorang kat kami. Rakyat Malaysia ini memang sangat prihatin dan bertimbang rasa. Tak macam yang diperkatakan.

Teruskan sikap sebegini. Teruskan sikap tak penting diri sendiri sebegini. Pemikiran rakyat kita dah makin maju dan prihatin terhadap orang lain. Memang terbaik!

Kepada saudara dan saudari yang sudi memberikan tempat duduk korang kepada kami, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, January 10, 2013

MENANG RM 43,000 +++!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah dengar Era.FM tak? Kalau pernah dengar, korang tahu tak tentang satu Segmen Teka Bunyi yang hadiah wang tunainya dah terkumpul dalam RM 43,000 +++?

Dalam 2 hari lepas saya dengar ulangan Segmen Teka Bunyi Era ini. Saya pun terfikir juga apa jawapan sebenarnya. Ramai yang teka tapi semua salah. Tapi pada pagi 2 hari lepas, ada orang dah dapat teka dengan tepat. Saya memang terkejut sangat sebab jawapannya itu saya selalu dengar dan tengok orang buat.

Tapi, saya sendiri tak sangka itulah jawapannya. Seorang lelaki bernama Yusni (Kalau tak silap saya la) dapat jawab dengan betul. Rupa-rupanya jawapannya Pembersih Lantai Elektrik (Yang Cleaner selalu guna untuk cuci lantai tu). Tahniah la kepada Yusni sebab berjaya membawa pulang sebanyak RM43,000 +++. Wow!

Bila difikirkan balik, memang susah gila nak tembus talian dorang. Bukan seorang atau dua orang yang call mungkin beratus-ratus dan mungkin juga beribu-ribu. Anyway, rezeki dia, kita gembira untuk dia.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 16, 2011

"YA ALLAH. INGATKAN BUDAK-BUDAK TAPI BAPAK BUDAK YANG MAIN"


Get addicted gaming to win your share of RM25,000!
What is Limhamn, Factum or Bekväm?

Ever feel like you need a genie to make your wishes come true?


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya lepak dalam kereta. Nak tengok siapa yang baling mercun dekat dengan rumah saya. Ya Allah, saya tak sangka sebab bapak budak yang main. Yang kecewanya saya, ada seekor bapak budak ni, jalan pelan-pelan dekat dengan rumah saya, pastu baling mercun yang meletup kuat tu. Pastu, makcik sebelah rumah saya pun jerit la. Bapak budak tu pun cakap:

"Nak senyap, duduk dalam hutan la"

Ya Allah, apa nak jadi dengan bangsa saya ni. Yang marah tu lagi tua dari dia. Yang sebelah lagi rumah saya tu bapa dia tak sihat sangat. Risau tiba-tiba meninggal sebab terkejut. Tapi, bapak-bapak budak ni mungkin tak pernah tengok mak bapak dorang mati sebab mercun kot?

Mak saya selalu pesan kat saya.

"Tak dapat kat dunia, nanti kat Akhirat dorang akan dapat gak nanti"

Saya sengaja nak tengok siapa yang main mercun dan mengganggu ketenteraman jiran-jiran saya. Rupanya bapak-bapak budak yang begitu bangga dengan perangai buruk dorang. Takpe. Saya dah tahu siapa. Selagi dorang tak minta maaf dengan saya, selagi itulah saya takkan maafkan dorang. Takpe, bukan luak pun maaf saya kan?

Saya tengok dengan mata saya sendiri macam mana dorang terkinja-kinja dan masa nak baling mercun dekat rumah saya. Cuma saya tak sangka makcik yang saya anggap baik pun subahat sekali. Takpe, bahagia di dunia, di Akhirat cuma Allah yang tahu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka