Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label bahagia. Show all posts
Showing posts with label bahagia. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

MAYEESA AJAK BERSEMBANG...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ini Mayeesa dah berumur 2 bulan lebih. Sekarang ini Mayeesa dah pandai mengajak orang terutamanya saya dan wife saya untuk 'bersembang' dengan dia.

Saya tak tahu dia faham atau tak, tapi hampir soalan kami dia akan bagi respons. Bila kami puji dia comel, dia mesti gelak malu-malu kucing sambil alihkan muka dia. Hehehe.

Baru 2 bulan lebih dah pandai nak 'bersembang' dengan orang. 'Bersembang' tak semestinya dengan bercakap je. Gunakan bahasa isyarat pun boleh dikategorikan sebagai 'bersembang' juga.

Si Mayeesa ini bila orang tak layan dia bersembang, kadang-kadang dia main sorang-sorang je. Tapi, kadang-kadang mengamuk sebab tak ada orang nak 'bersembang' dengan dia. Hahaha.

Nikmati saat ini puas-puas sebelum Mayeesa meningkat umurnya, tak ada peluang dah nak macam ini. Kecuali ada yang 'Kedua'.

Mungkinkah?

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, March 28, 2012

SALAH SATU BENDA YANG MEMBAHAGIAKAN MANUSIA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada banyak benda yang membahagiakan manusia. Tapi, saya nak ceritakan tentang satu je kali ni. Nanti tak termuat saya nak tulis dalam post ni kan? Hehehe. Salah satu benda yang membahagiakan manusia yang saya nak cerita di sini ialah Kenderaan Yang Baik.

Kenderaan yang Baik? Kenderaan pun ada yang baik dan ada yang jahat ek? Bukan itu maksud saya. Kenderaan yang Baik maksudnya kenderaan seperti motor, kereta, van, lori dan lain-lain yang kurang bermasalah. Kenderaan yang jarang rosak membuatkan hati manusia bahagia.

Korang tak percaya? Ok. Saya nak korang, kalau kenderaan korang tak kiralah motor atau kereta rosak, korang rasa bahagia tak? Kalau saya, sudah semestinya tak bahagia. Sebab hati gundah gulana mengenangkan berapa ribu ratus ringgit nak kena keluar.

Tapi, bila kenderaan jarang rosak dan beroperasi dengan baik, korang pasti bahagia. Kalau saya, saya rasa bahagia sangat sebab hati saya tenang je. So, kalau korang nak bahagia, jangan lupa service kenderaan korang bila cukup time. Jangan tahu guna je tapi tak tahu nak jaga. Kan?

p/s : Kenderaan jarang rosak tapi bila rosak, memang betul-betul tak bahagia. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka