Pagi tadi selepas dengar taklimat, dorang selingkan ceramah agama mengenai Israk dan Mikraj. Dorang jemput Ustaz Khazim. Ustaz Khazim bagi ceramah mesti best.
Dia menceritakan tentang amalan baik kita yang diangkat ke langit selepas ditulis oleh Malaikat yang sentiasa berada di sisi kita. Nama Malaikat tu adalah Hafazah.
Sampai Langit Pertama, Malaikat yang jaga di langit pertama tahan Malaikat Hafazah. Nak tengok amalan yang hendak diangkat ke langit. Pas Malaikat tu tengok, Malaikat arahkan Malaikat Hafazah turun ke bumi semula dan beritahu yang amalan baik ini tak dapat melepasi langit pertama. Korang tahu tak sebabnya? Sebab pemilik amalan bii tersebut suka mengumpat. Korang bayangkan amalan baik yang buat selama ni langsung tak lepas langit pertama mengumpat saja. Ada lagi untuk langit-langit seterusnya tapi saya nak fokuskan bagi amalan yang dah biasa berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Untuk pengetahuan korang, orang mendengar orang mengumpat akan dapat dosa sebanyak orang yang memgumpat.
Tapi ada 3 situasi mengumpat yang tak dapat dosa menurut Ustaz Khazim. Situasi pertama apabila kita mengumpat untuk menyelamatkan seseorang daripada tersilap langkah. Contohnya, kawan kita akan bertunang dan minta pendapat kita tentang bakal tunangnya. Kita sangat kenal bakal tunangnya dengan sikap buruknya. Kita memang kenal dgn bakal tunang kawan kita tu dan bukan mereka-reka cerita. Kita boleh beritahu kepada kawan kita apa yang kita tahu tentang bakal tunang kawan kita tu. Takkan nak bagitau selepas kawan kita dah kawin dan kena belasah kan?
Situasi kedua ialah di mahkamah. Semasa di mahkamah, kita perlu bagitau hakim perkara sebenar. Contohnya kita didera. Takkan kita nak diamkan saja di mahkamah? Tapi ceritakan perkara sebenar dan jangan menokok tambah.
Situasi ketiga ialah di Balai Polis. Sama juga contohnya, kita didera tanpa belas kasihan. Kita pergi ke Balai Polis untuk ceritakan tentang kita didera. Takkan kita nak diamkan je? Kalau kita diamkan je, kita biarkan dia terus mendera kita. Kita yang terseksa.
Ini antaranya mengumpat yang tidak dikenakan dosa sekiranya diceritakan tanpa tokok tambah. Kita kena faham apa maksud mengumpat. Mengumpat adalah menceritakan keburukan orang lain kepada orang.
Apa saya tulis di sini adalah hasil kefahaman saya dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz Khazim. Kalau korang rasa ada salah kat mana-mana, tolong tegur ek? Saja nak kongsi sebab perkara sentiasa berlaku dalam masyarakat kita. Harap dielakkan.
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2
Sila Tekan Like Jika Suka
bertambah ilmu mlm ni..hee..bro mana ole2 dr penang..grrr... hehe
ReplyDeleteooo...macam tu rupa nya...
ReplyDeletemengumpat la bnda plng slalu kte buat hari2.. susah nk bendung.. biasanya psl current issues.. tp klu mengumpat untuk something yg baik ok x? mcm kutuk orng yg sokong benda2 tak elok seperti perhimpunan haram yang mungkin merosakkan negara satu hari nanti?
ReplyDeletethanks info...
ReplyDelete