Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Tarikh semasa saya menulis entry ni adalah pada 17.07.2011. Saya masih berada di Kem Intan Suraya, Sungai Siput, Perak. Sehari ini aktiviti saya adalah melibatkan aktiviti survivor je. Saya dan kumpulan saya dikehendaki menaiki rakit dan mendayung menongkah arus. Penat dan susah nak mendayung rakit menongkah arus. Yang membuatkan ia sangat susah adalah disebabkan empangan sedang dibuka dan memang berarus deras. Tapi akhirnya kami berjaya menongkah arus dan berakit mengikut arus ke check point. Disebabkan rasa kepenatan yang amat sangat, kami parking rakit kami di tebing Sungai Perak dan mandi manda dulu. Hahaha. Pastu kami terus ke checkpoint dan kena masak makanan tengah hari kami sendiri.
Dah la tengah penat dan berendam dalam air berjam-jam, kena masak plak. Tapi nak buat camne, masak je la. Lepas itu, kami meneruskan berakit sehingga checkpoint terakhir dan kemas rakit yang kami telah buat sendiri pagi tadi. Maknanya kami kita ceraikan komponen seperti tayar, batang PVC dan papan dengan memotong yang mengikat komponen tu. Kami terus balik ke kem dengan bas yang dorang sediakan. Nasib baik ada bas, kalau tak, mau tercabut lutut berjalan ke kem yang jauh. Hahaha...
Aktiviti ni bermula dalam pukul 10 lebih pagi hingga hampir pukul 6 petang. Korang bayangkan berapa lama saya kena duduk di bawah panahan matahari dan berendam dalam ait sungai? Habis tangan dan dahi saya pedih sebab sun burn. Kaki saya plak sakit sebab berendam dalam air lama sangat. Tapi takpe, bila saya tengok Sungai Perak, saya akan cakap dalam hati:
"Saya dah merasa berakit di Sungai Perak ni"
Ia dah jadikan kenangan yang paling berharga dan tak dapat saya lupakan.
Korang ada kenangan yang tak dilupakan tak? Ce kongsi...
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.3
Sila Tekan Like Jika Suka
...bestnya dapat berakit....banyak sgt kenangan mOon yang x dapat dilupakan...cmna nk cite?
ReplyDeleteBEST X DPT BERAKIT?
ReplyDeleteDERAS X AIR
bestnye la hai..lama dah x wat aktiviti lasak camni..time study dulu ada la..sesekali dapat wat aktiviti camni best gak.
ReplyDeletejom join GA ni:
http://yourvinylmonster.blogspot.com/2011/07/1st-contest-makanan-kegemaranku-by-cik.html
tak merasa nak join team berakit kat sungai kota tinggi sebab saya tak cukop berat..haha..pengalaman tak boleh lupa adalah pengalaman backpacking ke europe dan hokkaido. tdo kot mana bulih ja..
ReplyDeletebanyak r, kenangan yg tak dapat dilupakan.. kalau pasal bab kem @khemah ni, kena rendam dalam sungai, masa tu pukul 1 pg.. sejuk siot, 2 jam berendam
ReplyDeletewaa. bestnye camp.
ReplyDeleteheheheh pernah mengalami pengalaman ni, berendam lam air longkang yg hitam, dari pagi sampai petang hihihihi.. tgh panas... baju tu akhirnya terus buang, kulit takyahh ckp cam apa, bukan terbako lgi dah... mcm kna penyakit jer
ReplyDeleteheheheh pernah mengalami pengalaman ni, berendam lam air longkang yg hitam, dari pagi sampai petang hihihihi.. tgh panas... baju tu akhirnya terus buang, kulit takyahh ckp cam apa, bukan terbako lgi dah... mcm kna penyakit jer
ReplyDelete:) thanks.. nina pn masukkan lam bloglist nina jgak ^^
ReplyDelete