Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, July 12, 2011

TALAM DUA MUKA ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang mesti pernah berjumpa orang yang bertalam dua muka kan? Sila jangan salah faham, bukan talam yang orang guna untuk angkat lauk kenduri ye? Talam tu pun cuma ada satu muka saja. Kalau nak jadikan talam tu dua muka, kenalah lekatkan dua talam yang mukanya mengadap arah bertentangan. Dah merapu dah saya ni... Hahaha...

Orang yang bertalam dua muka ni memang bahaya. Saya pun rasanya secara tak sengaja menjadi talam dua muka. Hahaha... Termengaku plak dah. Orait. Ceritanya macam ni. Masa kerja di tempat kerja lama dulu, saya ada dua rakan sekerja, mula-mula dorang memang kamcing giler segiler giler gilernya la. Sampai ni saya ni dorang ignore je. Saya tak kisah pun sebab saya lebih suka macam tu. Ala... saya bukan kempunan sangat nak kawan dengan dorang. Hahaha...

Setelah beberapa lama, dorang gaduh. Dorang kawan dengan saya plak. So, kawan yang sorang ni akan mengadu kat saya tak puas itu dan ini.  Dan yang satu lagi pun sama.  Saya jenis dengar  dan iakan je. So, bermulalah saat saya menjadi talam dua muka kepada dua orang kawan yang sedang bergaduh tu. Mendengar rintihan dorang sebagai tanda prihatin.

Itu dah dikira talam dua muka yang baik ek? Haha... Yang tak baik tu, rasanya korang pun dah tahu. Tak payah tulis. Tak ke gitu kawan-kawan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

9 comments:

  1. "Ala... saya bukan kempunan sangat nak kawan dengan dorang" hahah. ayat nakal sunggoh. huhu. btw best entry! =)

    ReplyDelete
  2. dasar talam tol. eh eh. jgn marah. heee. bese lah, kita kadang2 ni xsedar dh jadi kuih talam. err maksudnya talam dua muka.

    p/s: biasalah dh malam. merapu bnyk ni. hehe.

    ReplyDelete
  3. berdekah bace merapu abg dlm perenggan pertama..AHAHA!!

    KIRE MACAM LALANG NI..

    sabar jek dgn org2 mcm ni..

    yg benar...
    oja yg dtg dijemput oleh abg naz..=))

    ReplyDelete
  4. eh! itu bukan talam dua muka la NasZ.itu adalah sebagai sahabat yg baik.selagi x buat dorang dua tu gaduh,its ok.
    Talam dua muka ni ialah depan kita dia baik,kat bolakang kita dia sudah tukar lain.

    ReplyDelete
  5. abby: eh..ye ke? bukan ke? tapi bukan kira talam gak ke? sebab kena buat dua muka lain-lain? haha..

    ReplyDelete
  6. hahahaha. entri yang bagus untuk senaman mulut di malam hari. memang talam dua muka betul

    ReplyDelete
  7. hahha..baiknya dapat kawan macamnih.. adoi... saya pernah kena teruk ngan talam dua muka nih... last2 saya sewa umah sorang2 senang hati..hahahhaah

    ReplyDelete
  8. itu bukan talam dua muka bro... pada pendapat aku, sifat camtu ialah neutral... bukan asid dan bukan alkali... yg penting, ko tak laga2 kan diorg... huhuhu...

    Norhisham Nordin : Jom Singgah Blog Saya

    ReplyDelete
  9. as salam..
    adei..tak boleh blah punya ayat. haha~ memang cool!~

    tapi ok la tu.sekurang-kurangnya talam takde tikam belakang atau talam parasit. erk. ada ke term nih?

    >_<


    by : http://fadzli-rt.blogspot.com

    ReplyDelete