MENARIK:
GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!
Credit Google
Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Dah dekat bulan Ramadhan ni, teringat kisah-kisah lucu saya masa ikut bapa saudara saya pergi berniaga masa kecil dulu. Kisah ini menyebabkan bapa saudara saya rugi banyak gila. Rasa bersalah gila masa tu. Hahaha... Saya ni kira agak lambat sikit tentang minyak petrol dan diesel. Sebenarnya saya tak tau apa bezanya. Saya ingat sama je.
Kisah ini berlaku masa bapa saudara saya berhenti di Stesen Minyak Shell dekat Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang untuk isi minyak. Bapa saudara saya drive lori pick up kecil. Berhenti je lori, bapa saudara saya bagi arahan:
"Nanti Pak Tam bagi isyarat, hang isi minyak tau?"
"Ok Pak Tam"
Bapa saudara saya pun terus jalan ke kaunter nak bayar. Saya dengan pantasnya buka penutup tangki lori. Seketika kemudian, bapa saudara saya bagi isyarat pada saya dan saya pun capai nozel untuk isi minyak. Lepas selesai isi minyak, saya letak balik nozel kat tempatnya. Bapa saudara saya datang suruh saya naik.
"Eh..Nape banyak sangat minyak ni? Tadi Pak Tam bayar RM30 je"
Saya diam je. Sebab tak faham masa tu. Bapa saudara saya terus start enjin nak pegi berniaga di Taman Pelangi tapi tiba-tiba enjin berhenti. Start banyak kali pun tak boleh. Bapa saudara saya dah bengang sebab dia ingat lori dia yang rosak. Pastu, dia suruh saya tunggu di lori dan dia g cari mekanik. Mekanik datang dan check tangki minyak. Dia cakap:
"Aiya... U sudah isi minyak diesel ma.."
Bapa saudara saya terkejut dan tanya saya.
"Tadi hang ambik pemegang warna apa?"
"Hitam"
"La.. Awat hang ambik yang tu? Itu minyak diesel"
"Minyak pun ada beza ke Pak Tam?"
Memang saya tak tau minyak ni ada bezanya masa tu. Hahaha... Teruk juga la bapa saudara kena repair lori dia. Kena buang minyak diesel dalam tangki dan keringkan tangki. Lepas tu, kena biar enjin tak berhenti sebab takut tak boleh start. Kami sempat sampai kat Taman Pelangi pukul 6.50 lebih je. Dapat jual sikit je kuih. Lebih kuih banyak gila.
Lepas tu, bapa saudara saya tak bagi saya isi minyak lori dia. Haha.. Teruk betul saya ni.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
eheheee...lawak la isi myak diesel.... agak2 umur bape tu mase tu??eheheh
ReplyDeletemasa budak2 memanglah tak tahu lg apaitu diesel n petrol kan?yg kita tau,itu minyak.kekeke
ReplyDeletekesian la kat pak tam tu.... seb baik la budak tecit kan....hehehe
ReplyDeleteitulah orang cakap, tak tahu bertanya..kan dah jadi macam tu, siapa yg rugi hihi
ReplyDeletekeciannya...rugi dia hari tue...
ReplyDelete