Credit Google
Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.
Dalam dunia ni ada macam-macam orang. Saya nak cerita satu jenis orang dulu. kalau nak cerita semua sekali, memang takkan habis. Huhu... Saya nak cerita tentang orang jenis yang tak boleh nak tegur, nanti buat muka tak puas hati. Mungkin ada rakan-rakan blogger yang tak pernah jumpa orang macam ni tapi saya banyak kali jumpa. Kalau tegur sikit, mulalah buat muka tak puas hati dan cakap-cakap belakang.
Korang rasa kenapa orang macam ni jadi macam ni? Ini cuma pendapat saya je ye? Saya rasa sebab ego dan diri sendiri terbaik. Bila ego menguasai diri, kita akan fikir kita je yang betul. Semua orang lain salah. Bila ada orang tegur, kita tak dapat terima teguran. Lepas tu, tak cakap dengan orang tu berhari-hari.
Kadang-kadang sebab seniority. Bila orang yang lebih muda tegur orang yang lebih tua darinya, orang yang lebih tua ni akan mula buat muka sebab bagi dorang, dorang makan garam dulu dari orang muda yang tegur tu. Cuba kita berfikiran terbuka sikit. Mungkin sesuatu benda macam komputer, orang yang lebih muda lebih faham dan dengan niat nak bantu orang yang lebih tua. So, apa yang dorang rugi? Dapat ilmu baru lagi.
Cara menegur pun amat penting sebab cara teguran yang salah pun boleh menyebabkan orang terasa hati dan macam biasalah, buat muka serta tak cakap-cakap berhari-hari. Huhu...
Korang rasa macam mana plak?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
gary rasa major pasal seniority tuh~.. yang tua2 ni selalu x nak dengar cakap yang muda2 ni... yang muda pun tanak dengar cakap orang tua.. adus~..
ReplyDeletekerana ego diri merana hehehe
ReplyDeletekalaulah mereka semua ini faham erti berbudi bahasa dan hormat-menghormati..
ReplyDeletekalau dah jenis mcm ni cakp mcm mana pun nak menang walaupun bukti sahih dah ada depan mata..ada je nak kona ke lain..manusia oh manusia..
ReplyDeletesusah kalau hidup tak boleh teima teguran ni..hehe
ReplyDeleterasanya kalau teguran tu secara berhemah dan tak dengan nada yg riak atau mengutuk..apa salahnyer ;)
ReplyDeletekena pandai guna cara..saling menghormati..
pssst folo sini ;)
tq follow misscha, misscha follow balik... :)
ReplyDeleteouhh .. mmg pernah berdepan ngn orang cenggini ... mmg xley lawan la kalo ego dah meninggi bagai .. adeh ^^
ReplyDeletethnx sudi singgah :)
ego la tu .. huhu
ReplyDeletecuba la terima teguran dgn hati terbuka ^^ :D