Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, February 16, 2012

"INI TEMPAT AKU, AKU PUNYA PASALLAH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tak jumpa yang macam ni? Jenis berlagak dan bangga diri sebab itu tempat atau kampung dia? So, disebabkan itu tempat atau kampung dia, dia boleh buat apa saja? Saya pernah jumpa orang sebegini. Memang menghangatkan suasana dan sudah pastinya hati saya yang masa tu cuma menyejukkan hati dengan berdiam diri saja.

Saya jumpa orang sebegini di sebuah tempat atau kampung dekat rumah saya di Sungai Bakap. Tak nak la sebut nama tempatnya. Yang bestnya, saya bukan jumpa seorang je tapi hampir semua perangai macam tajuk kat atas tu. Kalau seorang bolehlah saya tahan lagi tapi ramai, entahlah. Mungkin dorang tak diajar dengan ilmu adab sopan kot?

Kisahnya begini, satu hari ni saya pergi ke tempat atau kampung tersebut untuk jumpa catering yang disyorkan oleh ibu saudara saya untuk kenduri kahwin saya bulan 3 nanti. Saya pun drive dan pergi dengan ibu serta adik lelaki saya. Jalan di kampung tu taklah besar tapi masih ada line putus-putus di tengah untuk membahagi jalan kepada dua hala.

Semasa saya drive, saya terpaksa memperlahankan kereta saya disebabkan ada 2 buah motorsikal yang berpenumpang dan tak pakai helmet sedang menunggang beriringan. Saya ingat bila dorang nampak saya ada di belakang, dorang akan ke tepi untuk bagi saya jalan dulu. Tapi, dorang tengok side mirror motorsikal dorang dan terus bersembang sambil menunggang beriringan. Saya bagi isyarat tapi dorang just ignore je. Mungkinkah dorang ingin saya melanggar dorang? (Berfikir dengan kuatnya.. Hehehe).

Terpaksalah saya follow belakang dorang sampai dorang masuk simpang destinasi dorang. Ibu saya pergi bertanya dengan kawan sekerjanya tentang tempat atau kampung tersebut, dan memang diakui perangai macam tu telah menjadi kebiasaan dorang. Menurut kawan sekerja ibu saya, even pemandu van kilang tekan hon pun, dorang tak berganjak dan terus menunggang beriringan hingga menghalang jalan.

Yang bestnya, kereta peronda polis lalu je tak buat apa-apa pun. Penunggang tersebut tidak memakai topi keledar secara terang-terangan lagi. Selepas tu, memang saya tak ejak dah kaki saya kat kampung tu. Buang masa je layan orang yang tak tahu hormat orang lain dan berlagak macam tu.

Korang rasa apa korang akan buat kalau jumpa penunggang macam ni?

p/s : Kecewa dengan sikap polis yang memandu kereta peronda polis tu sebab tak ambil tindakan. Macam tak jalankan amanah yang diberikan je. Ingat, AMANAH tu, tak boleh buat main-main.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, February 13, 2012

"NERVOUS SEBELUM TEMUDUGA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang ni saya berada di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Kenapa saya berada di sini? Ini disebabkan tunang dapat panggilan temuduga jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F1-1 (Panggilan sebelum ini F41).


Memang muka dia nampak pucat je. Nervous tu biasalah sebelum temuduga ni. Teringat saya perasaan dan pengalaman saya ditemuduga dulu. Memang banyak tempat saya pergi temuduga untuk apply kerja dulu. Dari kerja kilang baju, kilang kapas, kilang ubat, kilang perabut, kerja di pawagam sebagai staf part time, kerja di pawagam sebagai assistant manager, kerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di contact center, temuduga untuk jawatan di KWSP hinggalah temuduga di jabatan kerajaan.


Banyak kan? Memang banyak kali saya pergi temuduga. Tapi kalau saya kena temuduga lagi sekarang selepas beberapa lama tak ditemuduga, sudah semestinya saya akan nervous gak. Actually perasaan nervous sebelum temuduga ni memang kita tak boleh buang. Even contohnya seseorang tu pernah menyanyi di atas pentas selama berpuluh tahun pun, dia tetap akan nervous.


So, relax dan cuba tenangkan diri. Insya Allah perasaan nervous tu akan berkurang.


p/s : Good luck.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"JANGAN TUNJUK PELANGI DENGAN TANGAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.



Orang dulu-dulu ada bagitau yang "Jangan Tunjuk Pelangi Dengan Tangan, Nanti Tangan Kudung"


Kenapa? Saya tak pasti.


Tapi yang pasti, pelangi tu cantik. Kan?


Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka