Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.
Lepas buat segmen simple : Menu masa aku berduit dan tak berduit (sengkek), ada gak blogger tanya bleh lagi ke tak nak join tapi dah tak boleh sebab tarikh dan masa dah tutup. Huhu... Tak sangka sambutan yang baik diterima. Kalau korang nak tengok senarai blogger yang join, klik SINI. Korang g la baca entry dorang. Memang sempoi-sempoi semua. Huhu..
Saya nak buat Segmen Simple yang baru plak ni. Sesape nak join, silakan.
Apa yang korang kena buat ialah:
1. Copy dan paste header kat atas dalam entry korang
2. Salin tajuk ni "Segmen Simple : Kekuatan dan Kelemahan Diri Aku ..."
3. Link kan post ni kat entry korang.
4. Buat satu entry simple macam kat bawah ni:
Kekuatan Diri Aku
-Rajin kerja
-Senang mesra dengan orang
Kelemahan Diri Aku
-Terlalu kuat kerja
-Kurang keyakinan diri
Kalau korang nak letak lebih pun takpe. Segmen ini bukan nak merendah-rendahkan diri atau orang tapi dengan cara macam ni kita bleh nampak apa kekuatan dan kelemahan ada pada kita. Mungkin kita bleh memanipulasi kekuatan dan kelemahan kita untuk mencapai suatu matlamat.
Macam segmen sebelum ini, segmen ini pun saya akan buat satu list khas untuk korang saling berblogwalking dan saling berkomen.
Tarikh tutupnya adalah 15hb Jun 2011 jam 11.59 malam.
Jom pakat join segmen simple saya ni.
UPDATED:
List blogger-blogger yang join segmen ni, jom baca dan komen entry dorang.
Klik SINI.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

