Dua tiga hari hampir semua orang bising tentang Pengguna Prepaid akan dikenakan tax 6%. Kalau kita beli topup RM10.00, kena tax RM0.60. Dan seterus-terusnya. Korang bleh amik kalkulator dalam handphone canggih korang untuk buat kiraan.
Semalam tengok berita TV3, PM beritahu pihak Telco kenakan tax tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan. PM minta pihak Telco kaji semula. Tapi yang menghairankan macam mana pihak Telco buat pengumuman dan kenakan tax tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan? Bukan ke semua tax yang dikutip akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan?
Saya cuma tertanya-tanya je. Sebab sebelum ini kes dengan Astro yang buat pelarasan dalam charge yang dikenakan kepada pelanggan dorang. Sekarang Syarikat Telco pula buat pengumuman.
Tapi bayangkan kalau semua benda kena tax, camne nanti ye?
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka
