Korang rasa bertemu jodoh dalam dunia online mungkin terjadi tak? Dunia online tu tak kiralah dalam blog ke, facebook ke, chatting ke. Boleh orang bertemu jodoh mereka dalam dunia online ni?
Actually, saya pernah jumpa pasangan yang berkenalan dalam dunia online. Dulu sebelum facebook popular, laman sosial yang popular adalah friendster. Saya dulu gila gak friendster. Ada satu pasangan ni berkenalan dalam friendster dan dah berkahwin serta hidup bahagia dah.
Bagi saya, jodoh ni tak semesti kita berjumpa face to face. Tapi ada macam-macam cara untuk kita jumpa jodoh kita. Tapi persoalannya, sama ada kita dah bersedia atau belum?
Memang saya tak nafikan ada gak penipuan dalam dunia online. Terletak kepada seseorang itu untik menilai dan menentukan apa yang terbaik. Kalau berasa curiga atau was was, tak perlu jumpa. Tak rugi pun.
Saya rasa nak jumpa jodoh dalam dunia online ada kemungkinannya. Korang rasa mungkin tak?
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka
