Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, June 14, 2012

"BABY KITA TENGAH BER'DANCING'"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi wife saya sms kata dia dan emak mertua berada di Klinik Pakar Wanita area Klang Selangor. Memang saya ada suruh wife saya pergi check kandungan baby semalam (Baca di SINI). Tapi, semalam dia busy melawat rakan sekerja yang baru lepas bersalin. So, dia janji nak pergi hari ini.

Kali pertama pergi check adalah pada 12hb Mei 2012 (Baca di SINI dan SINI). Hari ini sudah 14hb Jun 2012. Memang doktor ada beri appointment dalam masa dua minggu dari tarikh kali pertama check kandungan tapi disebabkan banyak hal yang tak dapat dielakkan. Tak dapatlah pergi pada masa itu.

Terasa rugi tak dapat pergi sebab doktor scan perut wife saya untuk tengok keadaan baby kami. Wife saya cakap, baby kami memang nampak seperti ber'dancing' sebab nampak seluruh badannya termasuk kaki dan tangannya bergoyang-goyang. Doktor yang scan dia pun cakap perkara yang sama.

Teringin nak tengok tapi tak boleh sebab saya sekarang sedang kerja kat Perak dan wife saya duduk dengan emak mertua di Selangor. Sementara saya settlekan hal kuarters di sini, saya biarkan dia duduk di sana. Kuarters dah boleh masuk, dia akan datang tinggal dengan saya.

Wife saya beritahu yang doktor maklumkan kandungan wife saya dah mencecah 9 minggu 6 hari. Jantina baby kami belum dapat dipastikan lagi. Excited? Mestilah. Nervous? Mestilah. Hehehe.

p/s : Saya minta wife saya printkan scan baby kami. Nak tengok juga. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

1ST SPECIAL GIVEAWAY CONTEST BY QALESHYA UMAIRAH

Nak join? Klik SINI

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ternampak segmen ini. Segmen ini saya rasa menarik la plak. So, saya decide nak join. Lagipun hadiah-hadiah dia pun memang best. Hehehe.

Saya kena cerita mengenai kisah cinta saya. Saya ada buat satu entry berkenaan kisah cinta saya dengan wife saya. Korang jemput baca kisah saya dan wife saya dari mula kami berkenalan, lost contact, sambung contact balik dalam facebook, kahwin dan sekarang tengah menanti cahaya mata pertama. Hehehe. Korang boleh klik link kat bawah :


Segmen ini tutup pada 23hb Jun 2012 (11.59 malam). Jom join ramai-ramai. 

p/s : Doakan saya menang k? Hehehe. Rezeki bakal anak nanti. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 13, 2012

TAK SANGKA BOLEH PASS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Petang tadi saya drive ke kedai kereta untuk tukar bumper saya yang pecah sebab eksiden. Masa tengah drive tu, ternampak satu kereta kancil yang ada lambang sekolah memandu.


Teringat masa saya mula-mula ambil lesen kereta dulu. Saya masa dulu memang 'zero' tentang cara-cara nak drive kereta ni. So, saya ambil pakej untuk orang tak tahu langsung drive kereta.


Memang mula-mula drive kereta dulu, gementarnya tak ingat dunia. Slow motion je saya drive. Masa itu, orang yang train saya pada masa itu ada seorang lelaki india. Dia suruh saya drive di jalan kampung dulu sebelum dia bawa ke litar ujian memandu. Mula-mula je rasa susah. Lepas itu, sayalah yang agak laju. Hehehe.


Lepas itu saya dibawa ke tempat ujian memandu untuk train cara nak parking undur ke belakang, drive naik bukit dan break atas line putih atas bukit dan drive keluar ikut route yang dorang arahkan.


Setiap petang saya berlatih sampai hari 'Exam' dengan JPJ. Bahagian parking memang saya lepas tapi bahagian drive naik bukit dan behenti di line putih ada masalah sikit. Masa nak turun tu, enjin saya mati tapi nasib baik hand brake saya tak release lagi. So, JPJ tu dengan belas kasihan suruh saya start kereta dan jalan. Sipi-sipi je nak gagal bahagian bukit ini. Bahagian bukit ini, antara 10 orang yang test, 2,3 orang saja yang lepas. Yang lain kantoi bila enjin mati dan kereta menggelongsor ke belakang.


Lepas saya kena drive di jalan biasa dan nasib saya baik sekali lagi saya kena route A, route yang paling senang. Tengah best drive, JPJ suruh saya buat pusingan U dan drive laju sikit. Masa itu saya fikir saya gagal tapi lepas dapat result, Ahamdulillah saya lulus. Dan tamat sesi training dan 'exam' dengan sekolah memandu dan JPJ. Dapatlah saya lesen.


Selepas dapat lesen, saya dapat sambung belajar di UiTM Seri Iskandar dan hampir 4 tahun tak drive kereta. Lepas saya beli kereta pertama saya sekarang, mula-mula memang cuak nak drive tapi bila dah biasa, tak ada masalah dah. Hehehe.


Bila tengok kereta sekolah memandu, terus terkenang pengalaman ambil lesen memandu dulu. Hehehe.


Korang ada pengalaman menarik semasa ambil memandu dulu tak?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka