Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

CONTEST : BLOG BERTUAH 2013

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah blogwalking berselang seli dodoikan Mayeesa, terjumpa satu contest yang dianjurkan saudari Eza Haniza. Nampak macam menarik dan simple je syarat nak join. So, saya decide nak try join. Mungkin ada rezeki Mayeesa kan? Hehehe.

Cik Eza Haniza ni minta 3 sebab kenapa sepatutnya blog saya terpilih sebagai blog yang terbaik. Saya pun rasa blog saya ini blog yang biasa-biasa je. Tak ada apa-apa keistimewaan pun. Tapi, saya bagi jugalah sebab-sebab kenapa blog saya patut terpilih :

1. Blog saya ringan dan simple saja. Saya cuba nak jadikan blog saya ini sesimple mungkin supaya mudah blogger lain explore blog saya.

2. Entry yang saya tulis taklah panjang sangat dan taklah pendek sangat, sedang-sedang je. Lagipun, saya suka gunakan bahasa mudah dan santai. Kita dah selalu sangat tengok ayat santai di luar dunia blogger kan? So, bacalah blog saya dengan santai ye? Hehehe.

3. Blog saya ini adalah Identiti diri saya. Apa yang saya tulis di blog ini memang lahir secara spontan dari hati dan minda saya. Apa yang korang tengok di blog saya, itulah diri saya yang sebenar.

Blog picisan saya ni taklah kemas mana. Biasalah, blog orang lelaki memang tak ada bling bling dan sebagainya. Saya rasa macam semak je widget-widget tu. Lagipun, saya nak pastikan blog saya ringan dan senang loading.

Contest ini tamat pada 7hb Februari 2013 jam 12.00 tengah malam. So, jom ramai-ramai join contest ini. Mungkinkah ada rezeki korang?

p/s : Kepada blogger yang datang melawat ke blog saya ini, kalau rajin, tolong beritahu Cik Eza Haniza kenapa blog saya layak terpilih ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 14, 2012

1ST SPECIAL GIVEAWAY CONTEST BY QALESHYA UMAIRAH

Nak join? Klik SINI

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ternampak segmen ini. Segmen ini saya rasa menarik la plak. So, saya decide nak join. Lagipun hadiah-hadiah dia pun memang best. Hehehe.

Saya kena cerita mengenai kisah cinta saya. Saya ada buat satu entry berkenaan kisah cinta saya dengan wife saya. Korang jemput baca kisah saya dan wife saya dari mula kami berkenalan, lost contact, sambung contact balik dalam facebook, kahwin dan sekarang tengah menanti cahaya mata pertama. Hehehe. Korang boleh klik link kat bawah :


Segmen ini tutup pada 23hb Jun 2012 (11.59 malam). Jom join ramai-ramai. 

p/s : Doakan saya menang k? Hehehe. Rezeki bakal anak nanti. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 26, 2011

CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU BY ASKAR PINK & AMALINA

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak join apa-apa contest. Walaupun jarang sangat menang tapi saja nak try gak. Kalau tak try, memang 100% takkan ada peluang dapat hadiah kan? Betul tak? Hehehe.

Tapi kalau kita cuba masuk, walaupun peratus nak menang tu sikit tapi still ada peluang lagi. Sebab kita mencuba gak. Kalau dah rezeki, Insya Allah dapatlah tu.

Nak merapu bleh tak? Hehehe. Sila terus bacaan korang ye?

Tanpa berlengah lagi, Panglima Kassim melancarkan hikmat memutar belit pisang emasnya. Maka terpelantinglah Panglima Soud mencium dinding batu yang tersergam indah. Panglima Kassim ketawa berdekah-dekah sehingga seekor lalat masuk ke dalam mulutnya. Maka tersedak la Panglima Kassim.

Panglima Soud yang tengah pening-pening lalat bangun sambil cuba mengukuhkan tempat dia berpijak. Sambil memandang Panglima Kassim yang masih tersedak-sedak, Panglima Soud membuka langkah hikmatnya.

"Gelombang ... Kera!" Pantas Panglima Soud menyerang dengan gelombang berwarna hijau keungguan. Gayanya saling tak tumpah seperti Son Goku yang sedang melancarkan Gelombang Penyu aka Kamehameha.

Panglima Kassim yang sedang tersedak lalat itu dengan pantasnya melancarkan Hikmat Taju Kage Bushin No Jutsu dan menjadi banyak klon untuk menghalang serangan Panglima Soud. Malangnya, akibat tersedak lalat, Panglima Kassim tak dapat menumpukan perhatian dan akhirnya terpelanting terpeleot dalam akuarium. Seekor lalat yang begitu gembira terbang keluar dari mulut Panglima Kassim.

Panglima Soud begitu berbangga dan terus mendabik dadanya ke langit. Dengan riaknya dia berkata:

"Aku dah menang. Muahahaha"

Tiba-tiba,

"Boommm!"

Mata Panglima Soud terbeliak. Panglima Kassim yang baru berjaya berdiri dengan bersusah payah terus jatuh terduduk. Kedua-dua panglima mengira satu, dua, tiga sama-sama dan kemudian menjerit :

"Oh. Tidak!!!"

Satu-satunya jamban yang menyebabkan pertarungan antara dorang telah diletupkan oleh Askar Lalat Elit. Maka, bertempiaran larilah Panglima Kassim dan Panglima Soud mencari jamban lain untuk membuang air besar yang ditahan dorang selama ini.

Hehehe. Macam mana? Sempoi tak ending dia?

Kena tag untuk qualified contest ni. Saya nak tag:

3nogr33ny
Diyana Ali
remyhazza

CONTEST INI BERMULA DARI 24 OKTOBER 2011 HINGGA 1 DISEMBER 2011. RALAT TARIKH SEBENAR SEHINGGA 24 NOVEMBER 2011. (MENURUT PENGANJUR).


Itu je. Semoga saya menang. Hehehe.


p/s : Esok kena bertolak ke Metro Inn Kajang. Ada Kursus kat Putrajaya. Sesape duk kat Kajang tu, nak minum malam esok, bagitau la. Hehehe.


Wassalam.




-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, September 23, 2011

CONTEST : PENCARIAN BLOGLIST BLOG FAHUNA

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join contest pencarian bloglist Blog Fahuna. Hehehe. Nak try gak. Kalau ada nasib dan Fahuna suka blog saya, dapatlah dia letak link saya kat bloglist utama dia.

Ok. Saya nak bercerita sedikit.

Di suatu hari yang cerah dan panas terik, seorang lelaki yang sangat hensem sedang berjalan menghampiri sebuah gerai makan di tepi jalan besar. Lelaki itu berjalan dengan penuh kemachoan yang tidak terhingga membuatkan panas terik yang memang sangat terik menjadi semakin terik. Sebab rasa nak termuntah dengan kemachoan perjalanan kaki lelaki yang sangat hensem itu.

Setibanya lelaki yang hensem itu ke gerai yang sangat buruk itu, peluh yang menghurungi badan lelaki itu tiba-tiba berterbangan. Macam mana peluh itu boleh berterbangan? Korang pernah tengok kucing baru lepas mandi tak? Macam kucing tu mengeringkan bulu-bulunya itulah apa yang lelaki itu buat untuk mengeringkan peluh yang menghurungi dia.

"Mak Cik, Teh O Tarik Gula Kurang Tapi Tambah Garam segram satu"

"Baik"

Segelas minuman pelik yang diminta tiba di hadapan lelaki hensem itu. Kemudian, dengan penuh kemachoan, lelaki itu mengangkat gelas itu dan meneguk dengan penuh tertib sopan tak terhingga. Segelas minuman pelik itu diminum tanpa ada apa-apa effect.

Kemudian,

"Mak Cik, kira berapa?"

"RM10.33"

"Hah. Awat mahal sangat?"

"Gula harga turun sebab tak ramai nak obesiti dan penyakit darah tinggi. Sekarang ni, garam susah nak dapat, so, harga garam dah naik"

Lelaki hensem itu terkedu. Macam mana ni? Dia cuma ada RM5.23 saja.

"Dah. Dah. Pergi belakang"

"Hah. Awat Mak Cik?"

"Takde duit kan? Kalau ada pun, tak cukup kan?"

"Macam mana Mak Cik tau?"

"Sebab tak boleh bayar, kena kerja dengan Mak Cik selama 25 tahun. Kalau tak..."

Mak Cik tu menunjukkan isyarat "potong kepala".  Terpaksalah lelaki hensem itu berjalan dengan macho ke belakang gerai dan apa yang dilihatnya sangat mengejut.

Korang rasa apa yang dia lihat? Ce teka. Hehehe.

Contest ni sebenarnya senang je. Cuma saya ni suka menaip cerita merapu dan harap korang akan senyum. Hehehe.

Contest ini bermula 20 September - 27 Oktober 2011. Menurut penganjur, mungkin akan berubah mengikut keadaan.

So, jom join. Kita kasi gegar contest Fahuna ni. Hehehe.

p/s : Terasa lapar plak sekarang ni. Nak pergi Majlis Hari Raya la. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, August 5, 2011

MY BEST ANGLE CONTEST : DIA STATIK TAPI BUKAN PLASTIK!

MENARIK:

TRUDY &TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!

TIME TO CHILL LAH AND EXPRESS YOURSELF WITH NESCAFÉ!

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Memang dah lama nak join contest rakan blogger saya yang terbest ni tapi rasa malu amat sangat. Hahaha... Saya ni dah la tak pandai nak posing-posing. Tapi, teringin gak nak join. So, dengan perasaan takut-takut malu, saya pun join la. Hehehe... Sori Abby sebab lambat join. Jangan buat perhimpunan depan rumah saya k? Hehe..

Nak gambar best angle saya ek? Rasanya ini je kot yang saya rasa best angle. Hehehe...
Masa studi kat UiTM dulu (Tertidur kat Uptown...Hehehe)

Dengan penuh perasaan menahan jambatan gantung di Genting Highland

Pakaian formal di Office

Di Tempat Air Terjun Sungai Congkak (Latest Pic)

Kena buat karangan pendek ek? Ok2. 

Berdiri seorang lelaki yang memakai cermin mata. Matanya tajam memandang ke arah objek di hadapan. Begitu tekun sekali. Sambil berusaha untuk memakai sut besinya. Objek di hadapan semakin hampir. Lelaki ini masih lagi berusaha memakai sut besinya. Kenapa agak susah plak ni? Objek itu semakin hampir. Berderap-derap bunyi tapak kasutnya yang seakan-akan besi berani.

Lelaki itu kian resah. Tersilap sut ke dia ambil ni? Takkan dia terambil sut adik perempuannya yang berusia 5 tahun? Masa ni la tak muat. Isk2... 

Objek itu tiba-tiba melompat dan landing di hadapan lelaki bercermin mata itu. Lelaki bercermin mata itu terkejut besar. 

"Meh saya tolong pakaikan" Terdengar suara garau Optimus Prime. 

"Ok" Jawab lelaki bercermin mata itu sambil menyarungkan sut besi Ironmannya.

Setelah selesai...

Ironman dan Optimus Prime memandang korang yang sedang baca ni dengan padangan yang tajam.

"Saya mesti pilih. Dia statik tapi bukan plastik!" 

Pertuturan serentak sambil menggayakan gaya Duta Bank Rakyat.

Hehehe... Kreatif tak? 

Sempat lagi kan Abby? Hehe..

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

CONTEST SALWAISMAIL : "REVIEW BLOG DAPAT RM"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!

TIME TO CHILL LAH AND EXPRESS YOURSELF WITH NESCAFÉ!

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Lepas je sahur, saya blogwalking jap. Terjumpa contest yang sangat simple. Cuma review blog dan dah dapat RM. Macam sempoi je.

Orait. Review saya berkenaan blog Salwaismail ni. 

HEADER
Header blog ni simple je. Cuma tulis nama SALWAISMAIL dalam kaler pink dan tagline dia "i be myself, and i'm proud". Nice. Suka tag sebab blog salwaismail ni lebih kepada be herself. Baguslah sebab buat apa nak jadi orang lain kan? Lebih baik jadi diri sendiri.

BACKGROUND
Background blog salwaismail ni pokka dot kaler pink. Kaler pink yang lembut je. Tak la sakit sangat mata memandang. Lagipun, kaler background ni bersesuaian dengan header dan kaler putih entry blog. Simple tapi kemas.

WIDGET
Widget dalam blog ni sikit je. Yang dirasakan penting. Antaranya facebook like, tentang diri owner blog, blog archieve, follower, shoutbox dan alexa rank. Ini je yang saya nampak. Lagipun widget ni disusun dengan kemas.

MASA LOADING PAGE
Masa loading untuk blog ni sangatlah cepat. Saya suka terjah blog yang masa loadingnya cepat dan tak membuang masa saya. Syabas saya ucapkan untuk owner blog ni.

PEMILIHAN FONT DAN SAIZ FONT
Walaupun saiz font agak kecil tapi saya masih boleh membaca entry yang ditulis oleh owner blog ni. Mungkin owner blog ni cuba menyesuaikan dengan kaler background dan header dia. Tapi, saya masih mampu membaca entry tanpa masalah.

Hahaha... Ini dah macam kritikan plak. Tak pandai nak review but this is the best saya mampu buat. 

Jom join contest ni. Simple sangat-sangat. Review je. Tak perlu nak ikut syarat-syarat yang macam-macam. Tak rugi pun. Jom ramai-ramai pakat join. Hehehe...

Contest tamat pada 27.08.2011 jam 4 petang.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 25, 2011

KEYCHAIN COMEY....


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah jalan-jalan dalam Sunway Carnival Mall, ternampak keychain comey dalam gambar kat atas. Macam best je.

Saya tak terus beli. Saya jalan-jalan dulu sambil fikir. Akhirnya saya telah amik keputusan untuk beli 4 keychain comey dengan design yang berlainan.

Tapi persoalan yang sama juga saya fikir. Ada ke orang nak keychain comey ni? Atau saya simpan je.

Ada sape-sape nak ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

DOMO...OH DOMO...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi tengah round-round satu Megamall Pacific, ternampak patung Domo yang comel lote. Ada gak belek-belek kepala patung Angry Bird.

Terfikir kalau saya giveaway atau contest, hadiahnya adalah Domo ada orang nak tak? Lama gak fikir. Sampai dekat lama la. Haha...

Dan akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membeli 5 patung Domo. Hehe...

Kora g rasa ada tak rakan-rakan blogger nak Patung Domo ni? Ce bagitau.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 16, 2011

CONTEST : KAMI KAKI BLOGGING !

Nak Join? Klik SINI.

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Zul Fattah mentag saya untuk contest anjuran farez. Hadiah macam menarik je. Sebab itu saya nak join.

Saya dah follow blog cerita farez dan like page.

Saya nak tag:

Fee Hafeezah
Munirah
Ann

Itu je.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka