Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

TAK HABIS-HABIS LAGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

PRU 13 dah habis tapi bila saya pergi sarapan di kedai makan pagi hari dan semalam, masih ada 'bijak pandai' tengah bincang mengenai politik sambil cakap orang itu dan ini salah. Sambil tu tunjuk apa yang suratkhabar tulis.

Jangan kita percaya sangat apa yang ditulis dalam suratkhabar tu. Biasalah, dorang mesti nak lariskan suratkhabar dengan tajuk cerita sensasi. Sebelum nak melatah, kita selidik dulu. Jangan kita hanya baca dari satu sumber saja.

Medium untuk mencari maklumat di Malaysia ini banyak. Cari, kaji dan fikir dari sudut pemikiran kita. Tak perlu rasanya kita cakap kita belajar tak tinggi mana pun. Setiap orang akal. Ilmu dan pengalaman itu yang membantu akal untuk berfikir.

Apa yang saya harapkan, sudah-sudahlah dan berpada-padalah. Kita hina orang itu dan ini, kita dapat dosa kering je. Dosa kita yang ada pun dah tak tertanggung, nak tambah dosa lagi.

Ingatan untuk diri saya juga.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, January 28, 2013

NAK SURUH TOLONG BISNES MELAYU TAPI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Emak saya berhasrat untuk bagi kepada cucu pertama dia si Mayeesa ini rantai leher. Tapi dia nak ajak saya ke kedai emas untuk beli. Lagipun, emak saya ada dua biji buah rantai yang dia dapat daripada kilang dia kerja sempena puluhan tahun kerja di sana untuk di 'trade in' sebab barang tersebut tertera gambar kepala orang.

Saya pun bawalah ke kedai emas di Parit Buntar. Emak saya cakap kedai emas itu harganya berpatutan. Sampai saja di kedai emas tersebut, bermulalah sesi jual beli. Pemilik kedai emas ini adalah Melayu dan sudah semestinya Islam. Tapi pekerja yang sambut kami tak pandai nak senyum. Saya anggap dia datang bulan walaupun rasanya wajah dia agak tua sikit.

Ini serba sedikit perbualan kami,

Ibu saya : Rantai leher untuk baby ada tak?

Pekerja yang datang bulan itu tunjukkan bahagian yang ada rantai leher yang kecil tapi padat. Saya bagi Mayeesa kepada isteri saya dan duduk untuk tengok macam mana rantai leher tersebut.

Saya : Cuba tengok yang ini?

Pekerja itu keluarkan rantai leher saya tunjukkan itu.
Saya pun belek-belek dan tunjukkan pada emak saya. Selepas itu,

Saya : Berapa ye harga rantai leher ni?

Pekerja itu pun mula mengira guna kalkulator dia.

Pekerja Kedai Emas : RM810 termasuk upah.

Saya : Upah berapa?

Pekerja Kedai Emas : RM50 tapi kalau nak kurang lagi paling rendah RM30.

Saya : Boleh pinjam kalkulator itu sekejap.

Dengan muka terkejut dia suakan kalkulator tersebut. Sayapun mengira sambil tengok harga emas hari ini iaitu RM170 segram.

Saya : Emak saya dua barang nak trade in. Berapa boleh ambil?

Emak saya suakan rantai leher tersebut dan pekerja itu beri kepada pekerja yang satu lagi untuk mula menimbang. Saya perhatikan saja.

Pekerja Kedai Emas : Kami ambil harga dalam RM200 lebih.

Saya terkejut dan sudah semestinya emak saya pun terkejut. Saya terus ambil kalkulator dan mula kira.

Berat barang 'trade in' = 4.06 gram
Harga emas semasa = RM170 segram
Potongan = 18%

4.06 X RM170 = RM690.20
RM690.20 X 18% = RM124.25
RM690.20 - Rm124.25 = RM565.95

Ini bermakna harga yang dia memang sangat rendah. Saya sebenarnya dah nak pergi kedai lain dah.

Saya : Takpelah. Saya tak jadilah 'trade in'.

Pekerja itu mula kira balik dan terus cakap,

Pekerja Kedai Emas : Oklah. Kami boleh ambil paling tinggi RM570.

Tadi dia kata hanya boleh ambil RM200 saja. Tapi saya sekarang dia cakap boleh ambil dengan harga RM570. Boleh tolong kira perbezaan kedua-dua harga ini? Akhirnya emak saya ambil juga rantai leher dan sebiji buah rantai dengan tambahan duit sikit.

Apa yang nak tekankan di sini, kenapa perlu letakkan harga rendah sebegitu? Sampai untung berkali ganda. Itu tak kira lagi harga emas yang dijual. Saya ada sedikit pengalaman dan ilmu tentang pengiraan emas ini. Disebabkan saya ada ilmu, tak dapatlah pekerja itu tipu saya. Cuba kalau seorang makcik yang tak tahu apa-apa emas berada di tempat saya?

Apa pendapat korang tentang entry ini?

Mayeesa : Terima kasih nenek sebab sudi hadiahkan Mayeesa rantai leher beserta  sebiji buah rantai.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 14, 2012

8 PAHALA YANG BERTERUSAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


































p/s : Cari saham untuk Akhirat di samping saham dunia.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 13, 2012

TAK ADA ILMU TAK BOLEH KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ilmu itu bagi saya sangat penting. Ilmu ini tak semestinya kita boleh dapat melalui pembelajaran dalam kelas saja. Ilmu itu cara untuk dapatkannya memang banyak. Antara yang paling baik adalah melalui pengalaman. Pengalaman melakukan kesilapan adalah cara penerimaan ilmu yang paling perit dan paling berkesan.

Sekiranya tiada ilmu dalam diri kita, akan bermasalah la hidup kita. Bukan saya kata kalau ada ilmu, hidup tak bermasalah. Tapi, sekiranya kita ada ilmu, kita mampu untuk mencari jalan dan cara untuk menyelesaikan masalah.

Contoh paling simple, kalau kita tak ada ilmu untuk memandu sebuah kereta. Mampukah kita memandu kereta tersebut? Kalau nak hidupkan enjin pun tak tahu di mana, macam mana nak memandu kereta tersebut di jalan raya?

Sekarang ini ada banyak cara dan sumber untuk mendapatkan ilmu. Antara yang paling popular dalam dunia blog adalah blogwalking. Bila kita berblogwalking, kita akan jumpa pelbagai jenis blog yang ada informasi yang mungkin kita pun tak tahu. Sebenarnya banyak yang saya belajar dalam dunia blog. Dari perkara yang saya tak pernah faham terus saya paling faham.

Saya tak kata saya berilmu sangat sebab saya pun masih berusaha untuk menambah dan mencari ilmu yang baru. Ini cuma pendapat saya, kalau ada yang tak bersetuju, sila terangkan sebab tak setuju di ruang komen di bawah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka