Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, February 8, 2012

"TEPI-TEPI... JALAN NI AKU YANG PUNYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tadi drive kat highway PLUS dari Jawi ke Kuala Kangsar, saya tengah drive laju di lorong sebelah kanan sebab saya tak dapat potong kereta didepan saya disebabkan ada kereta di depannya. Saya just maintain bawa kereta saya di sebelah kanan sebab memang saya laju pun.


Tiba-tiba dari sayup-sayup sejauh mata memandang dari belakang kereta, saya ternampak sebiji kereta yang beri isyarat lampu tinggi rendah tinggi rendah suruh saya ke tepi. Saya rasa nak tergelak sebab saya bukan drive sebelah kanan tu disebabkan tiada kereta di depan saya tapi disebabkan ada kereta di depan.


Kereta tu asyik bagi isyarat lampu tinggi rendah tinggi rendah tapi saya buat donno je. Pastu setibanya kereta tersebut di belakang kereta saya, saya masih buat donno je. Pastu kereta di depan saya bagi saya potong dengan bergerak ke kiri dan dengan pantasnya saya potong. Pastu kereta belakang saya yang anggap highway tu dia ownernya pun cuba potong kereta yang bagi saya potong tadi tapi kereta yang bagi saya potong tu block dia. Dia bengang terus potong dengan rakusnya. Kejadian tu saya cuma tengok dari center mirror je. Tergelak saya sorang-sorang.


Pastu, saya bagi la dia potong saya. Mungkin dia tak tahan nak buang air sederhana kot. Tak pun sengaja nak tunjuk kereta dia yang laju tu.


Pokoknya, bila di atas jalan raya, hormatlah pengguna jalan raya lain seperti kita hormati diri kita sendiri.


p/s : Teringat iklan radio Era.FM yang Johan Maharaja Lawak tiru ayat Acha Sepriasa. "Pakai tali pinggang keledar dan jangan cilok mencilok."


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. haha org mcm tu mmg pk dia sorang je yg lalu situ, uit tol dia je yg byr org lain semua mna ada byr kan3..? heheh ;p

    ReplyDelete
  2. setuju!

    saya ade pengalaman dua hari lepas, pergi penang, lalu highway dia, dok sebelah kanan la sebab mmg saya bawak laju coz nak kejar masa balik Hostel sebab ade kerja pukul 8.30...time tu dah pukul 7 lebih camtu la...
    bukannya saya bawak slow sgt pun, tapi mungkin kerana kereta saya ade tanda P, yang belakang dok asyik ikut rapat je, siap bagi sign lampu tinggi rendah lagi nak soh tepi...huh!
    macam dia je nak cepat kan....

    sabar ajela pemandu camni....

    ReplyDelete
  3. BETOL...HORMAT BARU LA KURG EXCIDEN

    ReplyDelete
  4. ramai lagi orang yang macam ni...

    ReplyDelete
  5. selalu jumpa driver yg mcm tu.....
    sibuk kasi lampu padahal dah tahu kat depan kita pun keta berderet.....
    biasa ler... keta laju... ego pun tinggi lah....

    ReplyDelete