Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label layanan. Show all posts
Showing posts with label layanan. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

DAPAT LAYANAN "FIRST CLASS" KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam memperlihatkan Pasukan Singapura membenam Pasukan Thailand dengan keputusan 3 - 1. Keputusan ini untuk perlawanan di Singapura. Selepas ini, akan ada perlawanan timbal balik di Thailand.

Saya sembang dengan kawan-kawan saya secara berseloroh tentang layanan yang akan diterima oleh Pasukan Singapura di Thailand. Dorang akan bagi layanan "First Class" seperti mana Malaysia dulu ataupun lebih teruk.

Kalau Pasukan Malaysia kita seri dengan Pasukan Thailand dengan keputusan 1 - 1 pun padang seperti sawah bendang, inikan pula Pasukan Singapura yang benamkan Pasukan Thailand dengan 3 - 0. Mungkin Thailand akan bagi padang dalam hutan untuk berlatih kan?. Hahaha.

Anyway, kita tengok saja apa akan berlaku nanti. Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 22, 2012

MUKA TAK ADA PERASAAN...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya pernah berurusan di satu bank ini. Masa itu, saya ingin buka akaun semasa di bank tersebut tetapi pada masa itu cip Mykad saya rosak. So, memang tak boleh baca cip Mykad tersebut. Saya dilayan oleh seorang lelaki yang agak tua tapi yang menghairankan saya, dia mampu buat muka tak ada perasaan. Pada masa itu, saya cuba meneka juga sama ada dia sedang berdukacita atau menahan perut yang sakit atau lain-lain emosi yang wujud dalam diri kita ini.

Tapi, memang tak ada perasaan langsung. Muka serius yang tak berperasaan. Dah la bertugas di kaunter tapi muka tak ada perasaan. Saya tertanya juga, bank ini memang tak berikan latihan dalam khidmat pelanggan ke kepada kakitangan mereka?

Kakitangan ini minta saya bawa Sijil Lahir dan Lesen tapi terus saya beritahu yang sebelum ini saya datang, pihak bank tak maklumkan apa-apa pun. Pada masa itu, pihak bank dah tahu yang cip Mykad saya memang rosak. Kenapa pada masa itu dorang tak beritahu "Lain kali datang, sila bawa Sijil Lahir dan Lesen ye?".

Dengan muka tak ada perasaan, dia pun tenung dokumen dan Mykad saya. Nasib baik ada pegawai sebelah dia kata boleh proceed dan cuma perlu fotostat lesen saja. Dia dengan muka tak ada perasaan lawan cakap balik kata tak boleh tapi pegawai tu cakap boleh. So, dia pun akur dan dengan muka tak ada perasaan pergi fotostat Mykad dan lesen saya.

Kakitangan di kaunter sepatutnya perlu ada kebolehan dalam melayan mesra pelanggan. Kalau dia tak boleh melayan mesra pelanggan, letakkan dia di back office. Buat kerja yang tak perlu berjumpa pelanggan. Nasib baik saya bukan jenis cepat melenting. Hehehe.

p/s : Mungkin dia lapar kot sebab masa tu dah lunch time?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, February 17, 2012

"BILA DEPAN MATA, TAK RASA APA-APA PUN..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Antara perkara yang kita sebagai manusia tak perasan kita lakukan tapi kita akan perasan bila perkara itu dah hilang dalam hidup kita. Korang pening? Hehehe.


Maksudnya bila seseorang itu contohnya suami atau isteri kita sentiasa bersama kita, kita ambil mudah je layan dia. Sebab kita sentiasa leka tapi bila kita dah kehilangan dia, baru kita sedar betapa pentingnya dia dalam hidup kita.


So, hargailah dia sementara dia masih ada dengan kita.


p/s : Tengah belajar menghargai si "dia" yang bakal menjadi sebahagian diri saya.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka