Tadi pagi baca surat khabar, terbaca satu berita mengenai harga barang yang naik dua kali ganda. Baru je umum tiga hari lepas pelarasan penjawat awam akan dilaksanakan tahun depan, tup tap tup tap, harga barang pun dah naik. Gaji tak dilaraskan lagi pun.
Apa yang saya baca tadi, peniaga bagitau, pemborong naikkan harga disebabkan kenaikan gaji kakitangan awam. Betul-betul nak cekik darah pemborong ni. Tapi, nak kata pemborong pun tak boleh gak, sebab takde bukti. Kadang-kadang peniaga sendiri yang naikkan harga barang sebab tamak haloba.
Sekarang ni kita tengok plak apa tindakan Kerajaan nanti. Kena la ambil tindakan sewajarnya. Kalau tak, dorang akan naikkan harga sesuka hati je. Yang merana, rakyat gak.
Apalah nak jadi sekarang ni? Harga barang melambung-lambung-lambung. Rakyat? Korang jawab sendirilah.
p/s : Dah agak dah harga barang akan naik. Harap gak Kerajaan ambil langkah awal untuk cegah tapi ... entahlah.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka