Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

"KORANG NOMBOR BERAPA?"



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.



1 • Married » dah kahwin dan hidup bahagia.
2 • Divorce » dah berpisah dan bercerai dengan pasangan.
3 • Engaged » baru bertunang.
4 • Couple » ada seseorang di hati, tapi belum bernikah sbb belajar atau kumpul duit.
5 • Clash » baru berpisah dengan kekasih.
6 • Single » masih mencari pasangan.
7 • Tengah minat dengan seseorang tapi pendam saja...sebab malu.
8 • Forever Alone » tak ada kawan, tak ada pasangan, main facebook seorang diri saja.


~> Korang nombor berapa ?


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 5, 2012

PENANGAN K-POP...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Suatu ketika dulu, sebelum lagu-lagu Korea menjadi kegilaan remaja sekarang, saya antara orang yang minat dengar lagu Korea. Antara artis dan kumpulan Korea yang saya minat dulu ialah BoA dan Baby Vox. Pada masa itu, memang ada kegilaan Korea juga tapi cuma orang gila layan drama Korea seperti Full House, My Girl dan so on.

Kawan-kawan saya pada masa itu anggap saya ini pelik dan tak betul. Yalah, orang lain dengar lagu Melayu dan English tapi saya dengar lagu Korea. Ada yang pandang sinis kepada saya sebab saya lain daripada dorang.

Macam mana saya boleh ter'minat' dengan lagu Korea pada masa itu?

Pada suatu hari yang aman dan dingin kot, saya tengah buka Youtube dan secara tak sengaja saya terbuka lagu Korea daripada BoA. Masa itu, saya layan je sebab BoA ini pandai menari. Saya suka tengok orang menari. Group menari yang saya paling minat dulu adalah sudah semestinya N'sync. Hehehe.

Lepas itu, terus saya tertarik. Dahlah pandai menari. Suara pun sedap. Korang nak dengar dan tengok BoA menyanyi dan menari, korang pergi cari kat Youtube.

Korang tengok sekarang. Lagu-lagu Korea dah makin naik dan 'menyerang' hampir semua Negara. Ada yang siap buat group ala-ala group Korea lagi. Blog-blog yang minat dengan artis Korea pun dihias seperti ke'Korea'an. Padahal, masa saya dulu, tak ramai yang tahu tentang lagu-lagu Korea apatah lagi nak ikut trend dorang seperti waktu sekarang.

Sekarang saya masih minat lagu Korea lagi ke?

Minat sikit-sikit saja. Taklah sampai fanatik sangat. Setakat dengar kat radio atau tengok kat Astro je. Hehehe.

Korang rasa kenapa lagu Korea yang kita tak faham sepatah pun ini berjaya naik di luar dari Negara dorang? Padahal bukan dorang tanslate pun tapi dinyanyikan dalam bahasa Korea sendiri.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, April 24, 2011

AKU MINAT GILER KAT LISA SURIANI ... HUHU


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Saja nak buat gempak.  Tapi saya memang minat sangat kat Lisa Suriani.  Sebab apa ye?  Sebab imej dia.  Dah la cantik.  Imej dia berwatakan baik dan comel.

Kalau dia buat muka marah lagi comel.  Haha.. Macam dalam citer Samseng Jalanan V3... Tak pun masa dalam citer Jangan Pandang Belakang Congkak ... Masa pakai baju kebaya, memang cantik. Huhu...

Apa orang nak cakap pasal dia, saya tak amik port.  Sebab semua orang buat salah.  Semua orang tak sempurna.  So, kita bukan tuhan untuk hukum dan kata orang itu tak baik or tak bagus.  Kita cuma manusia biasa je.

Entry ni saya buat untuk orang yang minat kat Lisa Suriani ... SAYA ...

Harap Lisa Suriani dapat beri lakonan yang lebih baik dalam movie akan datang.  Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka