Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, June 5, 2012

PENANGAN K-POP...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Suatu ketika dulu, sebelum lagu-lagu Korea menjadi kegilaan remaja sekarang, saya antara orang yang minat dengar lagu Korea. Antara artis dan kumpulan Korea yang saya minat dulu ialah BoA dan Baby Vox. Pada masa itu, memang ada kegilaan Korea juga tapi cuma orang gila layan drama Korea seperti Full House, My Girl dan so on.

Kawan-kawan saya pada masa itu anggap saya ini pelik dan tak betul. Yalah, orang lain dengar lagu Melayu dan English tapi saya dengar lagu Korea. Ada yang pandang sinis kepada saya sebab saya lain daripada dorang.

Macam mana saya boleh ter'minat' dengan lagu Korea pada masa itu?

Pada suatu hari yang aman dan dingin kot, saya tengah buka Youtube dan secara tak sengaja saya terbuka lagu Korea daripada BoA. Masa itu, saya layan je sebab BoA ini pandai menari. Saya suka tengok orang menari. Group menari yang saya paling minat dulu adalah sudah semestinya N'sync. Hehehe.

Lepas itu, terus saya tertarik. Dahlah pandai menari. Suara pun sedap. Korang nak dengar dan tengok BoA menyanyi dan menari, korang pergi cari kat Youtube.

Korang tengok sekarang. Lagu-lagu Korea dah makin naik dan 'menyerang' hampir semua Negara. Ada yang siap buat group ala-ala group Korea lagi. Blog-blog yang minat dengan artis Korea pun dihias seperti ke'Korea'an. Padahal, masa saya dulu, tak ramai yang tahu tentang lagu-lagu Korea apatah lagi nak ikut trend dorang seperti waktu sekarang.

Sekarang saya masih minat lagu Korea lagi ke?

Minat sikit-sikit saja. Taklah sampai fanatik sangat. Setakat dengar kat radio atau tengok kat Astro je. Hehehe.

Korang rasa kenapa lagu Korea yang kita tak faham sepatah pun ini berjaya naik di luar dari Negara dorang? Padahal bukan dorang tanslate pun tapi dinyanyikan dalam bahasa Korea sendiri.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

12 comments:

  1. boa tu antara artis korea yang terawal glemer kat luar..masa tu saya belajar kat jepun lagi org jepun da gila kat boa..

    ReplyDelete
  2. cerita korea pun layan gak.. hahaha

    ReplyDelete
  3. sbb penyanyi lelaki dorang ensem2 n yg pompuan pulak seksi2..... hahahaha

    ReplyDelete
  4. itu semua kerana ikut ikutan......
    lama lamaan jadi kebiasaan....
    tapi tak dinafikan.... pengaruh korea sangat kuat.....remy pun layan jugak...sekali sekala ler..... zaman2 winter sonata dulu ade ler....

    ReplyDelete
  5. lagu korea tak minat sangat.. tp running man layan r.. haha

    ReplyDelete
  6. waktu sekolah dulu minat jugak korea ni tp lebih ke drama... siap tampal poster artis tu atas meja dan lapit buku.. hehehehe
    n'sync pun minat jugak dulu hehehehe...
    tp sekarang ni dah kurang minta... korea dan n'sync , dua2 dah tak minat sangat.. :p

    ReplyDelete
  7. salam;
    aku rasa mungkin muka2 diorang comel2 dan seksi2 belaka termasuk muka lelaki comel.

    ReplyDelete
  8. Err....akak sangat minat drama Korea, tp K-Pop nie kurengg sket. Maklumlah, faktor usia...hehehehehhe.

    ReplyDelete
  9. suke entry nie...tadi mse ternampak tajuk nie, ingatkan anti entry. hehhee...tu yg doq skodeng pelan-pelan. Rupanya encik sejoin. Huhu... ^^

    ReplyDelete
  10. hahahha .. start minat kpop pasal super junior ! hahahah .. ama adalah layan cerita winter sonata .. masa tu umur ama form 1 form 2 macam tu la :) heee ~ masa tu tak berapa nak tau sangat , tapi sekarang ? dah gila KPOP :) heeee ~ lagu diaorang best best !

    ReplyDelete
  11. akak lagu apa2 pun boleh dengar sebenarnya janji best..

    ReplyDelete