Suatu ketika dulu, ada beberapa blogger beritahu saya yang cara penulisan saya agak skema dan menggunakan bahasa baku. Saya tahu dan saya sedar tentang perkara ini. Tapi saya tetap teruskan.
"Kenapa?"
Saya tahu sekarang ini memang orang suka baca blog yang boleh ditulis secara santai dan kadang-kadang menggunakan bahasa rojak. Saya pun ada juga guna bahasa rojak tapi saya nak kurangkan. Saya kalau boleh nak lebihkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Saya nak jadikan blog saya ini santai tapi pada masa yang sama mengekalkan keindahan bahasa Melayu kita sendiri.
"Tak kisah orang cakap blog ini blog skema ke?"
Saya rasa kalau ramai orang cakap begitu, ada juga kebaikannya. Mungkin orang kenal blog saya dengan cara itu. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Tapi, kita boleh buat terbaik dan menggunakan gaya kita sendiri semasa menulis blog. Meniru cara menulis orang lain bukan tak bagus. Tapi meniru dan olah semula cara penulisan mereka serta jadikan cara penulisan itu milik kita.
Ini adalah gaya penulisan saya. Memang agak skema sikit dan saya mengaku. Hehehe.
Korang rasa gaya penulisan korang macam mana pula?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
Skema pun skemalah, janji ada orang nak baca. Memang sewajarnya menggunakan bahasa melayu yg betul. Bahasa sekarang lebih kpd org yg malas spt. sy ni :), sebab byk sgt singkatannya.
ReplyDeletehehe..memperkangsakan bahasa:) like la,,hee
ReplyDeleteqiela rase..penulisan qiela pn agk skema..
ReplyDeletetapi, qiela bangga dengan penggunaan bahasa melayu qiela..bahasa melambangkan bangsa =)
skema berilmiah x pe bro ..jgn jadi mcm aku skema x berilmiah wakaka mengarut je lebih..
ReplyDeletebiarlah org nak cakap apa pun..kite tetap dgn blog kita sendiri kan :)
ReplyDeleteremy campur2 kut.... gaya penulisan remy cam bercerita....... nak baku sangat nanti nampak cam format pulak sebabnya theme blog remy lebih santai......
ReplyDeletetak kisah lah..... nasz.... janji apa yg ditulis mudah difahami.... dari gunakan bahasa yg kekadang pening nak baca.....kan
bahasa menunjukkan bangsa.. sekian :)
ReplyDeletebila baca balik entry sendiri yg dulu2, terasa yg sekarang ni terlalu skema, dan dulu terlalu kebudak-budakan... hehehe
ReplyDeletesebenarnya yang skema2 lah orang suka, sebab lebih mudah untuk difahamkan...
ReplyDeleteEyriqazz VS Denaihati
ala, apa nak dikisahkan apa orang nak kata, asal kan kita jadi diri kita, dan buat orang selesa dengan kita :)
ReplyDeleteblog masakan skema..itu saya punya ler..ha..ha..tak caya cuba gi tengok..
ReplyDeletebahasa jiwa bangsa.. :D pikanye blog.. tah ler.. x reti nk komen dri sndri.. ce try pegi.. tgk la sndri... hehe.. pastu komen k.. mne taw.. komen tu boley buat pika perbaiki ape yg kurang :)
ReplyDeletestay cheese bro..!
wahh hebat sungguh saudara :)
ReplyDeletehahaha eh okay ape..Cendol tak kesah belog skema ke hape,asalkan entry menarik no hal punya .
baguih2 teruskan !
pada saya yang penting ada something yang kite nak share... bole jadi panduan dan teladan, dan orang suka... kan??
ReplyDelete