Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label copy paste entry. Show all posts
Showing posts with label copy paste entry. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

BLOG SKEMA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Suatu ketika dulu, ada beberapa blogger beritahu saya yang cara penulisan saya agak skema dan menggunakan bahasa baku. Saya tahu dan saya sedar tentang perkara ini. Tapi saya tetap teruskan.

"Kenapa?"

Saya tahu sekarang ini memang orang suka baca blog yang boleh ditulis secara santai dan kadang-kadang menggunakan bahasa rojak. Saya pun ada juga guna bahasa rojak tapi saya nak kurangkan. Saya kalau boleh nak lebihkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Saya nak jadikan blog saya ini santai tapi pada masa yang sama mengekalkan keindahan bahasa Melayu kita sendiri.

"Tak kisah orang cakap blog ini blog skema ke?"

Saya rasa kalau ramai orang cakap begitu, ada juga kebaikannya. Mungkin orang kenal blog saya dengan cara itu. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Tapi, kita boleh buat terbaik dan menggunakan gaya kita sendiri semasa menulis blog. Meniru cara menulis orang lain bukan tak bagus. Tapi meniru dan olah semula cara penulisan mereka serta jadikan cara penulisan itu milik kita.

Ini adalah gaya penulisan saya. Memang agak skema sikit dan saya mengaku. Hehehe.

Korang rasa gaya penulisan korang macam mana pula?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 14, 2011

"TAK SUKA ORANG SCREEN SHOT BLOG SAYA"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi tengah berblogwalking, terjumpa satu blog dan entry yang berbaur kemarahan. Saya dengan penuh debaran kerilexan membaca entry tu. Owner blog tu tak puas hati ada orang screen shot blog dia. Saya ada buat screen shot blog rakan-rakan blogger lain untuk buat entry pilihan harian saya. Niat saya cuma nak kongsi entry pilihan saya dengan blogger lain dan saya tak lupa untuk letak link entry blog tu dengan tujuan nak promote blog tu.

Dalam entry tulisan owner ni, dia cuma beritahu yang dia tak suka orang screen shot blog dia. Ada gak dia bagitau dia tak suka blog dia orang buat screen shot untuk apa sebab sekalipun. Kalau dia tak nak sangat orang screen shot blog dia, setting blog dia cuma orang yang dia invite je boleh view. Senang cerita.

Mungkin masa dia tulis entry tu, dia tengah marah yang mengalahkan gunung berapi yang sedang meletus. Saya yang baca pun terasa keberapian kemarahan dia. Takut dalam rilex. Haha..

Anyway, sesiapa nak buat screen shot blog saya, saya tak kisah. Cuma link kan ke blog ni dan jangan mengaku itu hasil keje dia cukuplah. Bila ada orang sudi screen shot entry atau blog kita dan link kan ke blog kita, ia macam tolong promote blog kita kepada readers dia. Siapa yang untung? Kita gak kan?

Ini cuma pendapat saya dari entry yang saya baca dari blog owner tu. Bukan nak burukkan sesiapa. Cuma melontarkan pendapat saya. Kalau ada yang terguris rasa hati, maaf saya pohon.

Korang ada pendapat lain?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka