Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label nasib baik. Show all posts
Showing posts with label nasib baik. Show all posts

Monday, January 28, 2013

NAK SURUH TOLONG BISNES MELAYU TAPI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Emak saya berhasrat untuk bagi kepada cucu pertama dia si Mayeesa ini rantai leher. Tapi dia nak ajak saya ke kedai emas untuk beli. Lagipun, emak saya ada dua biji buah rantai yang dia dapat daripada kilang dia kerja sempena puluhan tahun kerja di sana untuk di 'trade in' sebab barang tersebut tertera gambar kepala orang.

Saya pun bawalah ke kedai emas di Parit Buntar. Emak saya cakap kedai emas itu harganya berpatutan. Sampai saja di kedai emas tersebut, bermulalah sesi jual beli. Pemilik kedai emas ini adalah Melayu dan sudah semestinya Islam. Tapi pekerja yang sambut kami tak pandai nak senyum. Saya anggap dia datang bulan walaupun rasanya wajah dia agak tua sikit.

Ini serba sedikit perbualan kami,

Ibu saya : Rantai leher untuk baby ada tak?

Pekerja yang datang bulan itu tunjukkan bahagian yang ada rantai leher yang kecil tapi padat. Saya bagi Mayeesa kepada isteri saya dan duduk untuk tengok macam mana rantai leher tersebut.

Saya : Cuba tengok yang ini?

Pekerja itu keluarkan rantai leher saya tunjukkan itu.
Saya pun belek-belek dan tunjukkan pada emak saya. Selepas itu,

Saya : Berapa ye harga rantai leher ni?

Pekerja itu pun mula mengira guna kalkulator dia.

Pekerja Kedai Emas : RM810 termasuk upah.

Saya : Upah berapa?

Pekerja Kedai Emas : RM50 tapi kalau nak kurang lagi paling rendah RM30.

Saya : Boleh pinjam kalkulator itu sekejap.

Dengan muka terkejut dia suakan kalkulator tersebut. Sayapun mengira sambil tengok harga emas hari ini iaitu RM170 segram.

Saya : Emak saya dua barang nak trade in. Berapa boleh ambil?

Emak saya suakan rantai leher tersebut dan pekerja itu beri kepada pekerja yang satu lagi untuk mula menimbang. Saya perhatikan saja.

Pekerja Kedai Emas : Kami ambil harga dalam RM200 lebih.

Saya terkejut dan sudah semestinya emak saya pun terkejut. Saya terus ambil kalkulator dan mula kira.

Berat barang 'trade in' = 4.06 gram
Harga emas semasa = RM170 segram
Potongan = 18%

4.06 X RM170 = RM690.20
RM690.20 X 18% = RM124.25
RM690.20 - Rm124.25 = RM565.95

Ini bermakna harga yang dia memang sangat rendah. Saya sebenarnya dah nak pergi kedai lain dah.

Saya : Takpelah. Saya tak jadilah 'trade in'.

Pekerja itu mula kira balik dan terus cakap,

Pekerja Kedai Emas : Oklah. Kami boleh ambil paling tinggi RM570.

Tadi dia kata hanya boleh ambil RM200 saja. Tapi saya sekarang dia cakap boleh ambil dengan harga RM570. Boleh tolong kira perbezaan kedua-dua harga ini? Akhirnya emak saya ambil juga rantai leher dan sebiji buah rantai dengan tambahan duit sikit.

Apa yang nak tekankan di sini, kenapa perlu letakkan harga rendah sebegitu? Sampai untung berkali ganda. Itu tak kira lagi harga emas yang dijual. Saya ada sedikit pengalaman dan ilmu tentang pengiraan emas ini. Disebabkan saya ada ilmu, tak dapatlah pekerja itu tipu saya. Cuba kalau seorang makcik yang tak tahu apa-apa emas berada di tempat saya?

Apa pendapat korang tentang entry ini?

Mayeesa : Terima kasih nenek sebab sudi hadiahkan Mayeesa rantai leher beserta  sebiji buah rantai.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, December 15, 2012

MEMANG NASIB BAIK...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru je lepas layan Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Kelima. Tema minggu ini adalah Musical Comedy. Saya tengok semua kumpulan berusaha untuk menyampaikan persembahan yang terbaik kepada semua penonton. Tapi, ada juga kumpulan yang terlalu mencuba sehingga asyik menjerit saja. Ada juga kumpulan yang asyik gunakan konsep yang bagi saya dah 'outdated'.

Tapi, saya suka persembahan hampir semua kumpulan. Dan kejutan untuk minggu ini adalah tiada penyingkiran. Kalau tak ada penyingkiran minggu ini, berkemungkinan minggu penyingkiran untuk dua kumpulan. Ini saya teka je. Kita tengok minggu depan macam mana k?

Saya suka persembahan Shiro. Walaupun Shahrul tak tahu menyanyi tapi memang lawak. Saya setuju dengan Awie tentang jangan sentuh isu agama. Memang isu sensitif. Tapi, secara keseluruhannya, memang best.

Persembahan Jozan pun tak mengecewakan. Lagipun, Zizan dah memang pandai menyanyi dan menari. Johan pula kreatif. Kumpulan R2 pun sekarang ini semakin menyerlah tetapi betul kata Awie, persembahan minggu lepas (Minggu Ketiga) memang superb, saya suka sangat, minggu ini agak kurang menyengat sikit. Tapi overall, masih best.

Saywho pun memberikan persembahan yang sangat baik. Saywho sekarang dah pandai dan memahami cara nak tackle penonton di Malaysia. Persembahan yang bersahaja dan suka part lagu Kelantan tu, lawak sungguh. Best.

Jambu seperti biasalah, suka buat lawak spontan tapi cuma malam ini, persembahan dorang 'pick up' agak lambat sikit. Masa pertengahan baru saya rasa nak gelak. Tapi, masih best. Saya suka.

Kumpulan-kumpulan yang lain tu bukan saya tak suka, tapi saya tak berapa nak gelak sangat. Dan memang dorang sangat bernasib baik sebab tiada penyingkiran pada minggu ini. Semoga minggu depan, dorang akan berikan persembahan yang lebih baik.

Anyway, 'Peace Yo'.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 11, 2012

"ALAMAK... TERTINGGAL LA PULA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi terdengar JOHARA di radio. Ada satu cerita dari seorang pemanggil yang buat saya menggelengkan kepala.

Si pemanggil dan emak dia plan nak pergi rumah nenek dia dengan motor. So, dia pun tunggang la motor sampai rumah nenek dia. Sampai saja rumah nenek dia, baru dia perasan yang emak dia tertinggal.

Orang macam ini pun ada? Hehehe.

Ada satu kisah lagi ini agak menggelengkan kepala saya juga. Ada seorang ibu ini berpakaian secantik-cantik dengan make up lagi. Bawa anak seorang. Pergi shopping kat shopping mall. Penuh satu troli dia borong. Sampai ke kaunter bayaran, dia buka beg duit nak ambil kad debit,

"Mana kad debit aku ini?"

Masa itu, ramai gak orang tengok dia dan anak dia. Dia ingat balik, rupa-rupanya kad debit dia dan suami dia sama. Dia ternampak kad debit yang sama atas meja rumah tapi dia ingat kad debit suami dia. Dah la kredit handphone hari itu dah habis. Terpaksalah dia beritahu kat kaunter dia tak ada duit dan tinggalkan barang penuh satu troli itu.

Dia kata, nasib baik perkara ini tak terjadi kat kedai makan. Kalau jadi, dengan pakaian secantik-cantiknya ini dengan make up lagi kena cuci pinggan kat belakang kedai. Hehehe.

Korang ada kisah macam kat atas tak? Jom share.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, April 14, 2012

NASIB BAIK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam saya berjaya berada di TGV AEON Bukit Raja untuk tengok Movie Battleship. Mula-mula saya beli tiket guna TGV Online. Tiga kali saya try dan yang last je jadi. Tapi nombor rujukan tak keluar. Saya rasa macam tak jadi sebenarnya.


Saya dah malas nak pergi tapi isteri saya kata cuba la pergi dulu. Mungkin ada cara lain untuk dapatkan tiket saya dah beli online. Kami pun pergi dan kat kaunter tiket, saya bagitau masalah saya. Dia minta nombor handphone dan taip dalam sistem dia. Terus keluar nama saya dan tiket yang saya beli. Nasib baik. Kalau tak, burn RM35.


Saya pun berjaya layan movie Battleship. Midnight show plak tu. Memang awesome. Best giler. Tak rugi saya pergi tengok. Best tau? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, April 13, 2012

PAIP EKZOS PATAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam masa balik dari rumah mertua di Kuala Kangsar, terdengar bunyi benda goyang kat belakang. Saya ingatkan barang dalam kereta. So, saya buat tak tahu je dan terus drive. Tapi makin kuat plak bunyinya bila saya layan corner.


Isteri saya pun dah seram dengar bunyi tu dan saya secara spontannya kata:


"Ekzos patah la tu. Kan hari tu kena langgar belakang"


Dan memang ya. Ekzos saya patah. Tergantung je ekzos tu tanpa fungsi. Hari tu saya dah patrikan tempat yang merekah tu tapi tak sangka semalam ekzos tu patah terus. So, masa kat Klang semalam, mencarilah saya kedai paip ekzos yang buka tapi malang memang tak ada apa-apa bau, semua kedai paip ekzos yang saya jumpa tutup. Cuma kedai aksesori kereta je buka.


Hari ni saya keluar sekejap untuk tukar paip ekzos baru. Nasib baik paip ekzos bahagian depan je patah. Tabung ekzos ok lagi. So, tukar bahagian depan ekzos je la. Kalau seluruh ekzos, kena keluar sekurangnya RM200 juga la. Huhuhu.


Nasib baik mekanik kedai ni kata boleh tukar. Nasib baik kan? Hehehe.


p/s : Sedih tengok Kenari saya kemek sana, pecah sini.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 26, 2011

FUH... NASIB BAIK...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nasib baik tadi saya sempat break. Kalau tak, sama ada tidur hospital atau Arwah. Sebenarnya tadi saya mengelamun masa drive nak ke Bank tadi. So, kereta break tapi saya tak perasan dan belakang saya ada lori bawa kelapa sawit.

Alhamdulillah sebab sempat break dan lori belakang sempat break. Kalau tak, saya sempat break pun tak guna sebab lori belakang saya hentam belakang dan habis la Kenari saya. Hahaha...

Nasihat kepada pemandu yang memandu apa jua jenis kenderaan, sila fokus semasa memandu. Jangan jadi macam saya, mengelamun entah ke mana. Hahaha...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 1, 2011

NASIB BAIK SEMPAT...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sempat gak saya beli tiket tengok movie Transformers 3 di GSC Sunway Carnival. Huhu... Itu pin sempat tunggu tiket reservation dibuka baru dapat yang cantik. Reservation seat dibuka 30 minit sebelum movolie start. So, sekarang korang dah tahu kalau tak sempat nak beli tiket, korang boleh tiket resevation seat dibuka. Tapi tak dijamin korang akan dapat seat tu. Macam mana saya tahu? Saya dulu ex staff GSC. Huhu...

Best. Penuh dengan aksi perang robot. Robot pun makin banyak. Kora berbaloi tengol movie ni. Cuma rasa tak selesa duduk atas kerusi, keras sangat. Huhu...

Movie ni best. Korang dah tengok belum?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka