Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label terlupa. Show all posts
Showing posts with label terlupa. Show all posts

Monday, June 11, 2012

"ALAMAK... TERTINGGAL LA PULA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi terdengar JOHARA di radio. Ada satu cerita dari seorang pemanggil yang buat saya menggelengkan kepala.

Si pemanggil dan emak dia plan nak pergi rumah nenek dia dengan motor. So, dia pun tunggang la motor sampai rumah nenek dia. Sampai saja rumah nenek dia, baru dia perasan yang emak dia tertinggal.

Orang macam ini pun ada? Hehehe.

Ada satu kisah lagi ini agak menggelengkan kepala saya juga. Ada seorang ibu ini berpakaian secantik-cantik dengan make up lagi. Bawa anak seorang. Pergi shopping kat shopping mall. Penuh satu troli dia borong. Sampai ke kaunter bayaran, dia buka beg duit nak ambil kad debit,

"Mana kad debit aku ini?"

Masa itu, ramai gak orang tengok dia dan anak dia. Dia ingat balik, rupa-rupanya kad debit dia dan suami dia sama. Dia ternampak kad debit yang sama atas meja rumah tapi dia ingat kad debit suami dia. Dah la kredit handphone hari itu dah habis. Terpaksalah dia beritahu kat kaunter dia tak ada duit dan tinggalkan barang penuh satu troli itu.

Dia kata, nasib baik perkara ini tak terjadi kat kedai makan. Kalau jadi, dengan pakaian secantik-cantiknya ini dengan make up lagi kena cuci pinggan kat belakang kedai. Hehehe.

Korang ada kisah macam kat atas tak? Jom share.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka