Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Emak saya berhasrat untuk bagi kepada cucu pertama dia si Mayeesa ini rantai leher. Tapi dia nak ajak saya ke kedai emas untuk beli. Lagipun, emak saya ada dua biji buah rantai yang dia dapat daripada kilang dia kerja sempena puluhan tahun kerja di sana untuk di 'trade in' sebab barang tersebut tertera gambar kepala orang.
Saya pun bawalah ke kedai emas di Parit Buntar. Emak saya cakap kedai emas itu harganya berpatutan. Sampai saja di kedai emas tersebut, bermulalah sesi jual beli. Pemilik kedai emas ini adalah Melayu dan sudah semestinya Islam. Tapi pekerja yang sambut kami tak pandai nak senyum. Saya anggap dia datang bulan walaupun rasanya wajah dia agak tua sikit.
Ini serba sedikit perbualan kami,
Ibu saya : Rantai leher untuk baby ada tak?
Pekerja yang datang bulan itu tunjukkan bahagian yang ada rantai leher yang kecil tapi padat. Saya bagi Mayeesa kepada isteri saya dan duduk untuk tengok macam mana rantai leher tersebut.
Saya : Cuba tengok yang ini?
Pekerja itu keluarkan rantai leher saya tunjukkan itu.
Saya pun belek-belek dan tunjukkan pada emak saya. Selepas itu,
Saya : Berapa ye harga rantai leher ni?
Pekerja itu pun mula mengira guna kalkulator dia.
Pekerja Kedai Emas : RM810 termasuk upah.
Saya : Upah berapa?
Pekerja Kedai Emas : RM50 tapi kalau nak kurang lagi paling rendah RM30.
Saya : Boleh pinjam kalkulator itu sekejap.
Dengan muka terkejut dia suakan kalkulator tersebut. Sayapun mengira sambil tengok harga emas hari ini iaitu RM170 segram.
Saya : Emak saya dua barang nak trade in. Berapa boleh ambil?
Emak saya suakan rantai leher tersebut dan pekerja itu beri kepada pekerja yang satu lagi untuk mula menimbang. Saya perhatikan saja.
Pekerja Kedai Emas : Kami ambil harga dalam RM200 lebih.
Saya terkejut dan sudah semestinya emak saya pun terkejut. Saya terus ambil kalkulator dan mula kira.
Berat barang 'trade in' = 4.06 gram
Harga emas semasa = RM170 segram
Potongan = 18%
4.06 X RM170 = RM690.20
RM690.20 X 18% = RM124.25
RM690.20 - Rm124.25 = RM565.95
Ini bermakna harga yang dia memang sangat rendah. Saya sebenarnya dah nak pergi kedai lain dah.
Saya : Takpelah. Saya tak jadilah 'trade in'.
Pekerja itu mula kira balik dan terus cakap,
Pekerja Kedai Emas : Oklah. Kami boleh ambil paling tinggi RM570.
Tadi dia kata hanya boleh ambil RM200 saja. Tapi saya sekarang dia cakap boleh ambil dengan harga RM570. Boleh tolong kira perbezaan kedua-dua harga ini? Akhirnya emak saya ambil juga rantai leher dan sebiji buah rantai dengan tambahan duit sikit.
Apa yang nak tekankan di sini, kenapa perlu letakkan harga rendah sebegitu? Sampai untung berkali ganda. Itu tak kira lagi harga emas yang dijual. Saya ada sedikit pengalaman dan ilmu tentang pengiraan emas ini. Disebabkan saya ada ilmu, tak dapatlah pekerja itu tipu saya. Cuba kalau seorang makcik yang tak tahu apa-apa emas berada di tempat saya?
Apa pendapat korang tentang entry ini?
Mayeesa : Terima kasih nenek sebab sudi hadiahkan Mayeesa rantai leher beserta sebiji buah rantai.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
itulah kalau nak cepat untung...... pelbagai taktik depa guna...... untung mayeesa.... dpt rantai emas..... sayang nenek!
ReplyDeletemike tampo je makcik dtg bulan tu
ReplyDelete