Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label cepat kaya. Show all posts
Showing posts with label cepat kaya. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

"AMBIL DUIT KOPI NI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa nak tulis entry berkenaan rasuah. Rasuah ni kira kes besar je la. Yang kes bagi duit sikit-sikit ni, saya panggil duit kopi je. Kalau silap, sorilah. Rasuah ni memang sangat menggoda. Tambahan kalau rasuah duit beribu riban. Korang dapat duit yang untuk gaji korang 3 bulan. Mahu tak seronok.

Tapi korang kena ingat, bila korang ambil rasuah tu, secara automatiknya korang dah berdosa sebab tak amanah dan korang macam dah tempah masalah. Masalah apa ye? Bila korang terima rasuah, orang yang bagi rasuah tu boleh ugut korang kalau dorang kena tangkap. Pastu, korang pun kena tangkap. Kena buang kerja. Kena blacklist. Kena pandang hina. Korang nak camtu?

Memang mula-mula korang dapat, seronok sangat-sangat. Boleh joli sana, joli sini. Tapi, korang rasa duit korang dapat melalui rasuah ni halal ke haram hukumnya? Saya taklah pandai sangat ilmu agama tapi kalau ikut logik, korang rasa camne? Halal? Haram?

Kita kalau boleh nak cari rezeki yang berkat untuk diri kita dan juga untuk anak bini kita (ini bagi yang dah kahwin ye?). Korang sanggup bagi makan minum anak bini korang duit daripada hasil rasuah?

Saya tahu semua ada impian nak hidup senang lenang. Tapi, jangan guna cara yang salah. Memang boleh kaya cepat, tapi hati korang rasa senang ke?

p/s : Pernah dioffer tapi dengan pantasnya saya tolak. Terus terang saya bagitau, saya bukan orang macam tu.Sorry ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"ORANG TU KAYA SEBAB BUAT BLOG, AKU PUN NAK BUAT BLOG GAK LA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Teringat masa Irfan Khairi jadi jutawan dan publish buku dulu tak? Masa tu, berduyun-duyun orang try buat business kat internet. Sebab Irfan Khairi berjaya jadi jutawan internet dalam umur muda lagi. So, dengan niat nak buat duit kat internet, semua berduyun-duyun buat business internet. Kononnya senang sebab mudah dapat pelanggan. Nak tahu gak berapa lama yang masih lagi stay dan berapa yang dah give up.

Teringat masa RedMummy masuk paper sebab jana income RM10k sebulan dengan blog. Masa tu, berduyun-duyun orang buat blog. Kononnya nak dapat income macam RedMummy la. Saya pun terjah gak blog RedMummy ni, saya ingat lagi ayat yang lebih kurang macam ni:

"Saya buat blog ni bukan sehari dua, tapi bertahun-tahun dan sentiasa update"

Orang ingat nak dapat income internet ni, sehari sebulan dah boleh dapat ke? Hahaha. Sebenarnya saya tengah gelakkan kat diri sendiri sebab saya pun salah seorang yang berfikir macam suatu ketika dulu. Sebab otak saya kira nak duit je, langsung takde idea nak tulis entry. Pastu, jadi malas dan tinggal je blog ni. Lepas beberapa lama, saya teringat kat blog saya, kemudian terus timbul minat nak berblogging ni.

Masa tu saya sedar niat saya dah salah masa mula-mula dulu. So, saya betulkan niat saya untuk berblog. Niat saya untuk berkongsi maklumat dan merepek merapu. Hehehe. Alhamdulillah, dapat gak sikit income. Walaupun tak sebanyak mana tapi tetap income yang ada pihak pengiklanan nak bagi. Rezeki saya la tu.

Korang yang baru nak start buat blog tu, apa yang penting adalah niat korang ataupun nawaitu korang berblog. Kalau korang rasa niat korang dah salah, cepat-cepat betulkan ye?

p/s : Teringat masa buat blog ni mula-mula dulu. Kadang-kadang sehari, trafik kosong je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, October 10, 2011

"LU NAK KAYA CEPAT TAK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebenarnya saya tengah tengok cite Ngangkung ni. Tentang orang yang suka main nombor ekor. Orang yang main nombor ekor selalu pergi ngangkung dekat kubur lama untuk dapatkan nombor ekor.

Korang ada perasaan nak jadi kaya tak? Banyak duit dan macam-macam lagi. Saya pun ada rasa camtu gak. Tapi, kalau boleh, saya tak nak la dapatkan melalui cara yang salah. Antaranya main nombor ekor dan macam-macam lagi cara yang salah.

Main nombor ekor ni boleh buat orang rasa ketagih. Ia lebih kepada judi sebenarnya. Sebab nak kaya, sifat tamak pun menguasai diri. Bagi yang dah kawin, anak dan bini diabaikan. Makan minum dorang langsung tidak diambil endah langsung. Malah, ada yang sanggup pukul isteri untuk dapatkan duit. Duit tu gunakan untuk berjudi.

Kaya atau tidak tu bagi saya tak penting sekarang. Bagi saya, yang penting kebahagiaan dan kesederhanaan hidup. Rezeki semuanya adalah daripada Allah. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

p/s : Cerita Ngangkung ni best. Banyak teladan dan tauladan. Korang dah tengok? Best kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, October 7, 2011

"JOM MAIN TIKAM-TIKAM"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini bukan entry 18SG ye? Tiada langsung unsur keganasan dan pembunuhan akan dicoretkan di sini. So, sori kalau korang rasa tertipu dengan tajuk saya kat atas tu. Hehehe.

Korang pernah main tikam-tikam tak?

Mesti tengah fikir :

"Gila eh Nasz ni nak main tikam-tikam. Nanti mati orang kena tikam betul-betul kang"

Apa yang saya maksudkan dengan main tikam-tikam adalah kad kecil yang dijual dengan harga 10 sen. Bila kita koyak kertas tu, kita akan nampak apa hadiah kita dapat. Contoh hadiahnya adalah duit, boleh ambil kad kecil baru dan lain-lain.

Masa mula-mula saya berjinak main tikam-tikam ni, saya jadi ketagih dan harap cepat kaya. Main tikam-tikam ni dah macam berjudi kecil-kecilan. Sekarang tak tahu la still ada lagi ke tak. Tapi cuba korang bayangkan sejak kecil lagi kita diajar caranya untuk berjudi. Besar nanti?

Korang boleh fikir dan jawab kan tak?

p/s : Berhabis duit semata-mata ketagih nak main tikam-tikam tu dulu. Nak cepat kaya konon.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka