Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label ngangkung. Show all posts
Showing posts with label ngangkung. Show all posts

Monday, October 10, 2011

"LU NAK KAYA CEPAT TAK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebenarnya saya tengah tengok cite Ngangkung ni. Tentang orang yang suka main nombor ekor. Orang yang main nombor ekor selalu pergi ngangkung dekat kubur lama untuk dapatkan nombor ekor.

Korang ada perasaan nak jadi kaya tak? Banyak duit dan macam-macam lagi. Saya pun ada rasa camtu gak. Tapi, kalau boleh, saya tak nak la dapatkan melalui cara yang salah. Antaranya main nombor ekor dan macam-macam lagi cara yang salah.

Main nombor ekor ni boleh buat orang rasa ketagih. Ia lebih kepada judi sebenarnya. Sebab nak kaya, sifat tamak pun menguasai diri. Bagi yang dah kawin, anak dan bini diabaikan. Makan minum dorang langsung tidak diambil endah langsung. Malah, ada yang sanggup pukul isteri untuk dapatkan duit. Duit tu gunakan untuk berjudi.

Kaya atau tidak tu bagi saya tak penting sekarang. Bagi saya, yang penting kebahagiaan dan kesederhanaan hidup. Rezeki semuanya adalah daripada Allah. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

p/s : Cerita Ngangkung ni best. Banyak teladan dan tauladan. Korang dah tengok? Best kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka