Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Monday, December 17, 2012

SCAN SEKALI LAGI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi petang, isteri saya ada temujanji dengan doktor untuk sesi Scan Kandungan. Kira hari ini, pagi dan petang lah saya ke Klinik Kesihatan. Sebenarnya, saya terlupa. Saya balik sekejap ke rumah untuk Solat Zohor, isteri saya beritahu saya, baru saya ingat. Saya solat dulu dan kemudian saya bawalah isteri saya ke Klinik Kesihatan.

Sebelah petang ini, saya tunggu sebab saya rasa sekejap je kalau doktor nak scan. Tapi, saya cuma duduk di ruang menunggu saja. Doktor nak check kedudukan bayi dan keadaan fizikal dia saja. Kalau di klinik swasta saya boleh masuk tapi klinik kerajaan ini rasa susah sikit nak masuk.

Anyway, saya pun tunggu di ruang menunggu saja la. Tak lama kemudian, isteri saya pun keluar, Muka dia nampak berseri-seri jugalah. Mungkin sebab doktor ini dah boleh buat scan. Sebelum ini, isteri saya minta tolong scan tapi dia tanpa segan silunya mengaku dia memang tak reti nak guna mesin scan tersebut. Rasa nak tergelak juga masa tu sebab kelulusan dia memang tinggi. Mungkin dia dah ambil kursus khas untuk belajar gunakan mesin scan ini. Baguslah sebab telah ambil inisiatif untuk belajar.

Dalam kereta, isteri saya cerita yang doktor tunjukkan kaki dan tangan bayi kami. Kepala dia dan semualah. Doktor tu usaha untuk tengok jantina bayi kami tapi tak berjaya. Baby malu kot sebab asyik kepit je kakinya. Lagipun, baby tak gerak pun sebab tidur. Tapi, doktor cakap berkemungkinan lelaki tapi tak pasti. Jantina tak dapat disahkan sebetul-betulnya. So, untuk tahu jantina bayi, kenalah tunggu sampai bayi keluar. Hehehe.

Doktor tak dapat cetak keluar apa yang discan tadi. Mungkin sebab bayi dah besar dan mampat. Kalau cetak keluar pun, tak nampak sangat.|So, takpelah, tunggu tak sampai sebulan lagi pun, In Shaa Allah, selamat lahir bayi kami.

Korang doakan ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 2, 2011

PANAS BETUL HARI NI...

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini terasa keperitan kepanasannya. Lagipun saya rasa lenguh-lenguh plak sekarang. Asyik bersin je. Rasa macam nak demam plak.

Bila puasa je, demam datang. Isk2... Mungkin tubuh badan tak dapat sesuaikan diri kot? Dalam proses untuk sesuaikan diri. Tak pun sebab tak cukup tidur yang menyebabkan tak cukup imun untuk lindungi antibodi tubuh badan.

Tak pun di sebabkan cuaca yang tak menentu. Kejap hujan, kejap panas. Tak pun memang dah nak demam. Banyak kan tak pun saya. Hehe...

Saya doakan rakan-rakan blogger kat luar sana sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik. Ada sesiapa nak demam gak ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, April 10, 2011

KORANG RASA KORANG SIHAT KE?


Salam sejahtera semua blogger.

Korang rasa korang sihat ke?

Jawab je dalam hati.  Sendiri tahu diri sendiri sihat ke tak.  Huhu...

Saya?  Hehe... No Comment.  Tapi saya dah amik test untuk tengok saya ni sihat ke tak?

Korang pun try la.  Tak rugi pun.  Kena jawab 15 soalan je.  Jawab sejujurnya.  Baru korang dapat tips-tips yang berguna untuk jadi sihat.

Jom.. Klik TEST dan jawab soalan dengan jujur.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka