Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label cakap. Show all posts
Showing posts with label cakap. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

"BERCAKAP LEPAS JE..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Setiap perkataan yang kita sebut dari mulut atau dalam laman sosial seperti facebook tu ada risikonya. Sebab kita kena berhati-hati bila berkata-kata. Tak bolehlah main lepas je cakap atau tulis. Nanti akan jadi pelajar USM yang kena tahan polis sebab tulis nak letak bom dekat helikopter yang dinaiki PM kita.


Tak pasal-pasal jadi feymes. Kan? Walaupun dia cakap hanya gurauan je tapi ia tetap boleh dianggap satu ugutan. Yang pasti nama dia dah dilist dalam senarai PDRM.


Macam pepatah orang dulu-dulu ni,


"Kerana Mulut, Badan Binasa"


Ataupun,


"Cakap Siang, Pandang-Pandang. Cakap Malam, Dengar-Dengar"


So, kesimpulan yang ketara dalam entry ni, nak cakap apa-apa pun, fikir dulu. Jangan main lepas cakap je. Nanti badan binasa.


p/s : Ingatan untuk diri sendiri.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, September 11, 2011

MULUT CAKAP LAIN, HATI CAKAP LAIN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam kesibukan kat pejabat hari ini, saya mencuri sedikit masa untuk mengupdate blog. Hehehe. Lagipun tengah lapar ni. Kena pergi makan sekejap lagi.

Korang mesti pernah alaminya kan? Bila kita atau orang yang kita jumpa akan cakap lain tapi dalam hati kita atau dorang lain. Macam kita nak sangat jumpa orang tu tapi bila orang tu bagi pelbagai jenis alasan yang berbeza-beza setiap kali kita ajak jumpa, kita tak mahu sakitkan hati dia, kita kata takpelah, takde rezeki dan bagai-bagai lagi. Tapi hakikatnya kita menafikan hati kita yang tersangat ingin jumpa orang tu.

Macam orang tu yang memang nak jumpa kita, tapi bila kita ajak, dia akan bagi pelbagai jenis alasan yang sangat-sangat munasabah untuk mengelak dari jumpa kita. Padahal dalam hati dia, dia nak jumpa tapi mungkin ada beberapa sebab yang buatkan dia terpaksa tak jumpa kita.

Tapi ada gak yang jenis cakap kat depan lain, tapi kat belakang cakap lain. Hehehe. Ini dah jadi jenis mengumpat dan tikam belakang. Tak sama dengan tajuk kat atas tu kan? Hehehe.

p/s : Rasa lega sangat bila dah luahkan dalam entry sebelum ini. Hehehe.
p/s : Takpelah. Itu pilihan dia, kita dah usaha tapi dia yang tendang kita keluar. Layan...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka