Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Esok kita sebagai Orang Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Ibadah korban akan dijalankan selepas Solat Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni kampung saya korbankan 5 ekor lembu. Tahun lepas seekor lembu je.
Saya bukan cerita sangat tentang ibadah korban lembu sebab saya tahu ramai dah tahu. Saya ceritakan kenangan saya masa kecil dulu beraya masa Hari Raya Aidil Adha. Masa saya kecil lagi. Saya anggap Hari Raya Aidil Adha ni macam Hari Raya Aidil Fitri. Akan dapat duit raya. Misi mengutip duit raya pun bermula selepas solat raya.
Saya pergi rumah ke rumah beraya tapi langsung tak dapat raya. Saya hairan gak. Tapi tetap beraya gak. Harap dapat gak duit raya. Tapi tak dapat pun.
Saya pun dengan hampanya balik ke rumah dan tanya mak saya,
"Mak, kenapa pergi raya rumah tak dapat duit raya?"
Mak saya jawab,
"Raya Haji mana dapat duit raya. Raya puasa je"
Masa tu baru saya tahu. Naif betul saya masa tu. Biasalah. Kecil lagi. Korang pernah kena macam saya tak?
p/s : Esok raya, so nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog saya ni.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
