Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label aidil adha. Show all posts
Showing posts with label aidil adha. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

"OH...DAGING GORENG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sebenarnya saya ni tak sihat. Selsema. Tapi, takpe, saya boleh tahan lagi. Biasa je.


Biasalah kan? Lepas Hari Raya Aidil Adha, memang penuh la peti sejuk dengan berkilo-kilo daging mentah yang segar. Alhamdulillah. Rezeki.


Dah dua hari saya asyik makan daging goreng je. Saya yang merupakan peminat tegar ayam goreng pun terpaksa meninggalkan ayam goreng demi daging goreng yang manis setelah digoreng.


Suka meratah daging goreng merupakan salah satu kepakaran saya. Hehehe.


Korang masak apa daging yang korang dapat?


p/s : Next week nak ke UiTM Arau Perlis hantar adik daftar pelajar baru. Kalau sempat, bolehlah jumpa geng-geng blogger kat sana. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, November 5, 2011

"MAK, TAK DAPAT DUIT RAYA KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Esok kita sebagai Orang Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Ibadah korban akan dijalankan selepas Solat Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni kampung saya korbankan 5 ekor lembu. Tahun lepas seekor lembu je.


Saya bukan cerita sangat tentang ibadah korban lembu sebab saya tahu ramai dah tahu. Saya ceritakan kenangan saya masa kecil dulu beraya masa Hari Raya Aidil Adha. Masa saya kecil lagi. Saya anggap Hari Raya Aidil Adha ni macam Hari Raya Aidil Fitri. Akan dapat duit raya. Misi mengutip duit raya pun bermula selepas solat raya.


Saya pergi rumah ke rumah beraya tapi langsung tak dapat raya. Saya hairan gak.  Tapi tetap beraya gak. Harap dapat gak duit raya. Tapi tak dapat pun.


Saya pun dengan hampanya balik ke rumah dan tanya mak saya,


"Mak, kenapa pergi raya rumah tak dapat duit raya?"


Mak saya jawab,


"Raya Haji mana dapat duit raya. Raya puasa je"


Masa tu baru saya tahu. Naif betul saya masa tu. Biasalah. Kecil lagi. Korang pernah kena macam saya tak?


p/s : Esok raya, so nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog saya ni.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka