Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kecil. Show all posts
Showing posts with label kecil. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

"KECIK-KECIK DAH PANDAI WILLY, BESAR NANTI..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Petang semalam saya balik kerja, saya singgah ke Pekan Bagan Datoh sekejap sebab fikir nak beli something untuk dimakan malam nanti. So, settle hantar kunci ke Balai Polis Bagan Datoh, terus saya drive ke Pekan Bagan Datoh. Masa nak sampai ke kedai runcit yang selalu saya beli barang tu, saya ternampak 3,4 orang budak-budak tengah kayuh basikal di tengah-tengah jalan. Saya pun follow je belakang dorang.

Disebabkan kawasan depan kedai runcit tu penuh, saya ingat nak buat pusingan U di belakang kedai dan cari tempat untuk parking lain. Tiba-tiba salah seorang budak yang kayuh basikal tadi 'willy' basikal dia. Terkejut gak saya. Untuk pengetahuan korang, 'Willy' tu adalah perbuatan mengangkat tayar depan ke atas dan bergerak ke depan dengan satu tayar saja iaitu tayar belakang.

Saya pun cepat-cepat potong dorang sebab kalau tiba-tiba budak tu jatuh, sudah semestinya saya akan langgar dia sebab tak sempat nak break. Pastu, terus saya balik rumah sebab dah hilang mood nak pergi kedai runcit dah.

Kalau sekarang budak-budak tu dah mampu dan berani 'Willy' dengan basikal, dah besar nanti macam mana ye?

p/s : Biasanya budak-budak ni terpengaruh dengan aksi-aksi di dalam movie. Dorang suka meniru dan nak sangat mencuba.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, August 31, 2011

"MAI... SALAM MAK UDA KALAU NAK DUIT RAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini saya jalan-jalan rumah sebelah a.k.a. rumah emak dan bapa saudara saya. Disebabkan dari pagi tak makan nasi, saya makan soto dengan sup ayam tambah 3 kali.

Mak Tam : Sedap ye Naser? Tambah 3 kali dah

Saya : Sedap. Dari pagi tak makan nasi Mak Tam.

Saya jawab dengan suara serak saya. Hilang suara tiba-tiba. Memang saya dah sakit tekak sejak sebelum raya lagi. Tapi saya buat donno je. Pagi tadi makin teruk. Masih buat donno je. Hehehe.

Pastu, navigator saya a.k.a. emak saya ajak pergi rumah Mak Lang saya kat Sungai Duri. Saya layan je.

Sampai rumah Mak Lang saya, ternampak laksa. Saya cool dulu. Duduk jap. Pastu, dengan pantasnya saya menceduk laksa dan menjamah dan tambah 2 kali. Hehehe. Kuat makan saya kan?

Pastu masa nak balik, emak saya pun menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan.

"Mai... Salam Mak Uda kalau nak duit raya"

Pantas je budak-budak tu bersalaman dengan emak saya. Saya teringat masa saya kecil dulu. Macam tu la saya dan memang best dapat duit raya. Terkenang plak zaman kecil comel lote saya dulu. Hehehe.

Sesiapa nak bagi saya duit raya, meh. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka