Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, August 30, 2011

"DAH PACKING DUIT RAYA BELUM?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan blogger semua.

Tibalah sudah hari kemenangan. Hari raya hari ini. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Pagi-pagi bangun, emak saya tiba-tiba masuk bilik saya...

Emak : Duit raya untuk anak saudara dan budak-budak dah packing belum?

Saya : Belum lagi. Ada dalam beg tu.

Emak : Mana?

Saya terus bangun dan keluar duit not RM1 yang saya tukar di bank dalam RM100. Kemudian, saya keluarkan sampul raya.

Emak : Tak masukkan lagi dalam sampul? Meh mak buat.

Saya : Ok.

Dengan pantas emak saya duduk di ruang tamu dan proses pengisian duit raya dalam sampul. Saya menjadi pemerhati sambil memerhati saja. Hehehe.

Pagi tadi baru isi duit raya. Tahun lepas dan tahun ni saya yang bagi duit raya. Cuma emak saya tambah sikit-sikit je. Tahun ni saya bagi sorang je. Emak saya, saya kata tak payah bagi. Lgipun tahun ni, emak saya buat baju raya saya dengan 3 adik saya. Baju raya emak saya, saya dah beli. Dia beli warna coklat gak. So, sedondong la kami raya kali ini. Rancang nak tangkap gambar keluarga. Hehehe.

Korang bagi duit raya atau dapat duit raya?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. Taun ni???
    nmpak gayenye beri duit raye la..
    dpt duit raye xde la...:(

    ReplyDelete
  2. nak wet raya... selamat hari raya... ary nak ajak dengar lagu raya ciptaan ary ni.. harap sudi ye..

    http://ariasputera.blogspot.com/2011/08/salam-lebaran-buat-semua-ary-dendangkan.html

    ReplyDelete
  3. singgah raya! selamat hari raya aidilfitri ya..^^bg duit rya sni sket

    ReplyDelete
  4. Selamat merdeka raya..=)
    saya bagi & dapat duit raya..hehe..~

    ReplyDelete