Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label blog adalah identiti seseorang. Show all posts
Showing posts with label blog adalah identiti seseorang. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

"UPDATED LAH BLOG BRO..."



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sangat busy hari ini sebab ada banyak kerja kena buat. Lagipun, hari ini saya terpaksa ke TMPoint Teluk Intan untuk hantar borang penukaran alamat dan pindahkan talian telefon serta streamyx ke rumah baru saya. Memang tak sempat nak updated blog.

Balik je dari Teluk Intan, saya terus buka blog dan check bahagian komen yang saya nak approvekan. Terjumpa satu komen ini suruh saya updated blog. Terkejut juga saya. Sebab tak sangka ada juga orang yang baca blog saya dan lagi-lagi minta saya update blog saya ini.

Kepada FAIZMIN, terima kasih sangat-sangat sudi baca blog saya yang cikai ini dan juga paling saya berterima kasih kepada awak kerana ingatkan saya supaya updated blog saya.

p/s : Tak sangka saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 21, 2011

BLOG KORANG = IDENTITI KORANG

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebelum ini saya ada buat satu entry berkenaan Setiap Blog Adalah Unik ... Seperti Pemiliknya. Sape nak baca, silakanlah ye?

Tadi tengah blogwalking, saya terterjah satu blog ni. Dia sedang mengamuk sebab tutorial/entry dia buat pagi tadi ada orang copy sebijik dan tak bagi kredit. Dia bagitau betapa penat dia buat tutorial/entry tu.  Saya kesian kat dia.

Korang setuju tak, blog korang adalah identiti korang? Blog korang kalau korang karang sendiri dengan cara korang sendiri akan melambang identiti korang. Kalau blog tu jenis copy dan paste, blog tu sepatutnya blog yang mengumpul informasi macam Peluang Kerjaya dan sebagainya.  Takkan tajuknya "Si Polan Blog" dorang letakkan entry copy dan paste tentang bola. Kan?

Bagi saya, entry yang diolah dengan ayat sendiri dan cara penulisan sendiri lagi seronok dibaca.  Bila orang komen, kita rasa seronok dan puas. Kan?

Banyak betul kan saya kan? Hahaha....

Ini cuma pendapat saya.  Sebab melalui pemerhatian saya selama saya berblogwalking, saya tengok setiap ada cara penulisan berbeza. Termasuk saya. Kenapa? Sebab pendedahan dan pengalaman yang diterima adalah berbeza.  Kalau semua orang sama je, tak syok la berblogging kan?

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka