Credit Google
Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Sebelum ini saya ada buat satu entry berkenaan Setiap Blog Adalah Unik ... Seperti Pemiliknya. Sape nak baca, silakanlah ye?
Tadi tengah blogwalking, saya terterjah satu blog ni. Dia sedang mengamuk sebab tutorial/entry dia buat pagi tadi ada orang copy sebijik dan tak bagi kredit. Dia bagitau betapa penat dia buat tutorial/entry tu. Saya kesian kat dia.
Korang setuju tak, blog korang adalah identiti korang? Blog korang kalau korang karang sendiri dengan cara korang sendiri akan melambang identiti korang. Kalau blog tu jenis copy dan paste, blog tu sepatutnya blog yang mengumpul informasi macam Peluang Kerjaya dan sebagainya. Takkan tajuknya "Si Polan Blog" dorang letakkan entry copy dan paste tentang bola. Kan?
Bagi saya, entry yang diolah dengan ayat sendiri dan cara penulisan sendiri lagi seronok dibaca. Bila orang komen, kita rasa seronok dan puas. Kan?
Banyak betul kan saya kan? Hahaha....
Ini cuma pendapat saya. Sebab melalui pemerhatian saya selama saya berblogwalking, saya tengok setiap ada cara penulisan berbeza. Termasuk saya. Kenapa? Sebab pendedahan dan pengalaman yang diterima adalah berbeza. Kalau semua orang sama je, tak syok la berblogging kan?
Apa pendapat korang?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
