Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, February 27, 2012

"DEPAN TENGAH BERCAKAP, BELAKANG PUN NAK BERCAKAP"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam hari Ahad saya dan tunang pergi dengar satu seminar mengenai pelaburan emas. Memang saya ingat nak dapatkan dan tambahkan sikit ilmu mengenai pelaburan emas ni. Seminar ni percuma je dan dorang buat kat Dataran Otomobil Shah Alam.


Saya pun pergilah dengan niat nak tambah ilmu. Permulaan seminar mengenai kelebihan emas memang menarik. Tunang saya pun berminat nak tahu lebih tapi yang 'spoil'nya, ada seorang makcik dan seorang lelaki muda rasanya tengah bersembang di belakang. Saya dan tunang duduk di kerusi belakang dan sepatutnya barisan kami paling last. Tapi makcik dan lelaki tu tarik kerusi dan duduk belakang kami.


Dari mula seminar sampai habis tak henti-henti bercakap. Walaupun dorang cakap secara berbisik tapi saya dan tunang rasa terganggu. Dari minat terus tak berminat. Tunang saya dah mula ajak balik tapi saya minta stay sampai habis. Habis je, terus kami pergi.


Agak terkilan sebab sepatutnya kalau nak bersembang sangat, pergilah keluar ataupun duduk jauh dari kami yang nak mendengar ni. Ini tak, duduk belakang kami, pot pet pot pet tak henti-henti. Kalau nak datang bersembang, pergi je kat kedai makan terdekat pastu sembanglah sepuasnya.


Kalau korang kena macam ni, korang rasa camne?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

14 comments:

  1. kalau saya saya pandang banyak banyak kali biar diorang terasa. hee

    ReplyDelete
  2. paham sangat perasaan nieh....rasa macam nak...hahha sabaq je la

    ReplyDelete
  3. hehe... x abis2 bercakapkan... kesian sapa y p situ nk ambik ilmu...

    ReplyDelete
  4. tu namanya x respek org yg sedg bercakap. tegur je lah bang nasz

    ReplyDelete
  5. tu namanyer tak hormat majlis.....
    takde etika......

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, ..dorang dapat utg banyak la tuh..lagi2 makcik potpet tuh..

    ReplyDelete
  7. Benda norma jadi sudah biasa. Lama-lama dah "hati batu" dengan situasi macam begini.

    ReplyDelete
  8. dah bnyk kali sy jumpa owg cam tu ... depan bcakap , yg d blkg pun cbuk mau bcakap

    ReplyDelete
  9. salam;
    mungkin telinga dan mata aku merah berasap!!.

    ReplyDelete
  10. kalau aku buat ignore jer...xpn kalau bising sgt, aku sound direct jer..hahaha

    ReplyDelete
  11. serangan bertubi-tubi dari miss nadya yang mendatangkan diri dari blognya www.nornadiah.com ..:)

    kalau ramai2 mmg cm tu kot..lg2 nad yg bnyk brcakap ni..;)

    ReplyDelete
  12. memang spoil r.. sape tak marah kan? kadang2 sy pun kena jugak cam ni..

    ReplyDelete
  13. pernah rasa....rasa gembira nak menempeleng merka....hahha

    ReplyDelete