Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, August 19, 2011

DISIPLIN DALAM MENYIMPAN...


Get addicted gaming to win your share of RM25,000!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada orang tanya camne saya menyimpan dan tak belanjakan? Jawapannya simple je. Disiplin dan Strategi. Memang susah bagi orang yang tak pernah menyimpan ni. Tapi, saya jenis paksa diri saya untuk pastikan saya menyimpan. Cara saya adalah dengan ambil risiko simpan dalam emas. Actually, simpan dalam bentuk Ringgit Malaysia pun ada risikonya. Setiap tahun nilai mata wang kita akan susut nilai. Camne saya tahu? Senang je nak tahu. Kuasa membeli kita makin kurang. Dulu, dengan RM50, kita boleh beli banyak barang. Cuba kita bandingkan RM50 untuk beli barang waktu sekarang? Harga barang naik dan kuasa membeli kita akan semakin kurang.

Entry ni bukan nak menunjuk saya bagus tapi cuma nak sedarkan kita yang Ringgit Malaysia yang kita guna tu adalah sekeping kertas semata-mata. Kalau Kerajaan bagi arahan kertas tu tak bernilai, tak bernilailah ia. Lain plak emas. Kita pergi mana pun dalam dunia ni, emas ni tetap bernilai. Sekarang ni macam-macam cara nak menyimpan dalam emas ni.

Ini cadangan saya la. Kalau nak start menyimpan dalam emas ni, buka akaun emas kat bank, saya buka kat Maybank sebab senang dan dekat dengan tempat saya. Lagipun, Maybank ni banyak cawangan kat seluruh Malaysia. Nak tahu tentang Maybank nyer akaun emas, korang boleh baca entry yang saya tulis kat SINI

Ini hak korang nak buat atau tak. Nasihat saya, sebelum korang nak buka akaun emas ni, korang google kat internet tentang sejarah pergerakan harga emas. Pastu, baru korang pertimbangkan untuk join.

Ini apa yang saya buat, setiap bulan, saya akan peruntukkan gaji saya sebanyak 1 gram emas untuk disimpankan dalam Akaun Emas Maybank saya. Tak kisahlah harga emas masa tu berapa pun tapi saya tetap beli dan masukkan dalam buku Akaun Emas Maybank saya. Sebab apa? Sebab dalam jangka masa panjang, emas Insya Allah akan naik. Lepas itu, korang kena janji dan tahan diri korang untuk tak gunakan untuk buat apa saja. Kiranya Akaun Emas Maybank ni untuk masuk je. Keluar kalau boleh tak nak langsung.

Saya akui memang susah sebab saya sedang buat sekarang. Tapi, Alhamdulillah saya masih dapat maintain transaksi masuk je dan tiada keluar lagi. Pelik kan saya ni?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. Sebuah perkongsian yang menarik.. saya ni pun jenis pemboros orangnya. Insya Allah, saya nak ikut jejak en Naser utk berkecimpung dalam pelaburan emas ni.. thanx

    ReplyDelete
  2. pernah baca akaun emas tu..haha..

    jom join segmen pertama blog saya..
    http://zulfattah.blogspot.com/2011/08/segmen-cerita-aku-dengan-bulan.html

    ReplyDelete
  3. thanks 4 da info..nnt da keje insya-Allah sy try sbb sy pon boros heheh..

    ReplyDelete