Gambar di atas diambil dari Berita Harian Online
Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.
Pagi tadi saya terbaca dalam surat khabar Berita Harian di ruangan Ekonomi berkenaan Harga Minyak Dunia dah melebihi AS$100 setong. Peningkatan ini disebabkan beberapa faktor. Faktor utama yang dikatakan dalam laporan Berita Harian adalah disebabkan permintaan "emas hitam" makin meningkat.
Faktor lain adalah Nilai Matawang Dolar AS yang semakin lemah juga menjadi punca pendorong kenaikan itu. Nilai Dolar AS berbanding Ringgit Malaysia juga telah merosot ke RM3.00 sahaja.
Faktor yang lain lagi adalah ketegangan politik di Asia Barat dan Afrika Utara juga menyumbang kepada peningkatan harga minyak dunia.
Sebelum ini Kerajaan tak naikkan harga minyak dan menyatakan sekiranya harga minyak dunia mencecah AS$100 setong, Kerajaan mungkin akan menyemak semula pemberian subsidi minyak kepada rakyat.
Kita lihat apa tindakan Kerajaan berkenaan kenaikan harga minyak dunia ini.
Kalau korang baca laporan penuh di Berita Harian Online, Klik SINI.
Apa pendapat korang?
Kalau korang baca laporan penuh di Berita Harian Online, Klik SINI.
Apa pendapat korang?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
No comments:
Post a Comment