Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, June 23, 2011

NAWAITU ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nawaitu..Apa tu Nawaitu? Korang tahu tak? Saya tau korang tau. Nawaitu tu adalah ... Niat. Kenapa saya buat tajuk ni hari ni? ...jawapannya ... Ntah ... Terdetik di fikiran untuk tulis.

Setiap perkara yang kita buat, mesti kita akan berniat atau bahasa modennya ber'nawaitu' dulu kan? Contohnya kita nak makan, kita akan ber'nawaitu', "saya nak makan sebab saya lapar".

Nawaitu atau niat penting dalam perjalanan hidup kita. Nawaitu yang tak baik akan bawa ke arah yang tidak baik dan juga sebaliknya.  So, pastikan korang tetapkan nawaitu korang sebelum buat sesuatu perkara. Huhu..

Yang menulis pun tak tentu apa nawaitu dia. Haha... Actually nawaitu penulis adalah untuk berkongsi pendapat dengan rakan-rakan bloggernya.

Teringat masa studi dulu, saya kira wakil pelajar dan kerja saya adalah sebagai setiausaha. Presiden saya iaitu seorang student Arkitek selalu tak ada dalam bilik.  Waktu nak jumpa dia adalah selepas pukul 12 tengah malam.  Masa tu kami akan berbincang dan bagi dia sign apa yang patut. Presiden saya ni saya respek bila dia bagi speech. Dia tak payah ada sebarang nota. Dia boleh bagi speech dengan baik. Saya pun tak mampu. Huhu..

Setiap kali dia bagi speech, dia mesti akan mulakan dengan peringatan tentang pentingnya penetapan nawaitu dalam setiap kerja yang dibuat. Sejak tu la saya cuba sedaya upaya tetapkan nawaitu saya supaya sentiasa baik je. Kadang-kadang ada gak yang terbabas.Huhu...

Nawaitu saya nak buat blog ini adalah nak kongsi-kongsi pendapat dan idea serta generate side income. Hehe... Saya mengaku k?

Apa Nawaitu korang plak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. nawaitu kita sama la..hee..betul tu kalau tak pasang niat, boleh terbabas. apa yang kita nak buat tak menjadi

    ReplyDelete
  2. sama juga, ingin memulakan hari2 dengan kebaikkan..

    ReplyDelete
  3. betul.. niat itu penting..

    hey, saya datang jenguk blog kamu. feel free to hit me back yeah :)

    aku teringin nak hack belog korang

    ReplyDelete
  4. saya buat blog utk macam2..initially cuma utk diari anak2 dan kehidupan..da lama2 nak cari kawan, nak cari income..macam2..

    ReplyDelete
  5. nak buat apa2 niat kn betul jgn nanti
    buat baik pun dpt dosa sbb naiwaitu yg meyimpang

    ReplyDelete