Dah dekat seminggu aku tak update blog nie. Padahal aku dah balik penang sejak 4hb September 2010 hari tue. Hehehe... Dah beberapa hari aku duk umah je. Layan cite Leverage. (DVD aku beli kat batu feringghi). Aku beli season 1 dan season 2 je. Season 3 blum complete lagi. Aku memang cite2 macam nie. Sebelum nie aku layan cite Terminator: Sarah Connor Cronicle, Heroes, Knight Rider 1st Season, Supernatural Complete semua season aku dah tengok. Tak tau apa nak buat bila duk rumah nie. Kadang2 aku online gak. Update blog aku yang lain. http://iklanpeluangkerja.blogspot.com dan http://naszgoldtrading.blogspot.com. Kalau rajin, lawat la.
Aku dah balik Penang tapi keluar dating dengan awek aku pun belum lagi. Dia asyik bz keje je. Dia dah berubah skit sekarang nie. Ntah la. Aku pun fikir nak ikut je flow dia. Tapi kalau dia still tak hargai aku, pada masa tue jugak, pintu hati aku tertutup, masa tue baru nak menyesal. Aku nie walau gaduh macam mana pun, aku tetap nak dia gembira. Aku cuba buat special mungkin untuk hari jadi 7hb ari tue. beli hadiah yang aku rasa dapat menyedarkan dia. Ada la aku beli coklat cadbury faveret dia. Dia memang suka sangat.
Kampung aku, Sungai Bakap, dah banyak gak la berubah. Banyak bangunan baru. KFC pun dah ada tapi tak buka lagi. Ar rahnu Yapeim pun dah ada. Terkejut gak aku. Aku nasihatkan mak aku kalau nak gadai barang kemas bila nak sangat pakai duit, pegi je kat ar rahnu Yapeim tue, upah simpannya murah. Dorang tak amik interest, dorang cuma amik upah simpan je. Tak macam pajak gadai konvensional, dorang kenakan interest tinggi.
Aku dah tak tau nak merepek ape lagi. Next post, aku akan upload gambar kampung aku dan pekan Sungai Bakap yang aku cakapkan kat tadi. Itu saja untuk kali ini dan terima kasih sangat-sangat kepada sesiapa yang sudi membaca.
Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka
No comments:
Post a Comment