Semalam saya dan kawan-kawan lepak-lepak kat Teluk Intan. Tapi masa nak bertolak dari Bagan Datoh ke Teluk Intan, berlaku satu kemalangan di Simpang Empat, Hutan Melintang melibatkan sebuah treler dengan lori minyak diesel rasanya. Baunya macam diesel masa lalu semalam. Lori minyak tue terbalik betul-betul tengah jalan. Traffic jam teruk gak la. Dekat sejam ke 2 jam gak kena duk dalam kereta je. Nasib baik ada jalan taman yang melepasi tempat accident tue. Mungkin surat khabar hari nie ada la paparkan mengenai kemalangan nie.
Saya ada la tangkap gambar menara condong bergemerlapan dengan lampu-lampu berwarna-warni dan keadaan sekelilingnya. Ada famili dan budak-budak duk lepak dekat-dekat situ.
Tak ramai sangat orang malam-malam kat Teluk Intan nie. Saja jalan-jalan. Duk rumah pun bukan buat apa sangat.
Orait, setakat nie untuk kali nie. Lain kali ada lagi. Insya Allah. Jumpa lagi.
Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka
No comments:
Post a Comment