Siapa tak nak hidup senang, angkat tangan. Hehehe. Tapi senario sekarang ni, ramai nak hidup senang tanpa berusaha...termasuk saya. Saya mengaku tapi akhirnya saya sedar kesenangan yang saya dapat tanpa usaha tak semanis kesenangan saya dapat selepas usaha. Korang setuju tak?
Saya pernah kerja di kilang perabot. Saya pun pernah kerja di kilang kapas. Saya pernah kerja di kilang kain. Saya pernah kerja di kilang ubat. Banyak tempat saya pernah kerja. Saya pun pernah ikut bapa saudara saya berniaga. Saya pernah kerja di panggung wayang. Saya pun pernah kerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan a.k.a penjawab talian TM 100. Hehehe. Banyak kan? Actually, saya start cari duit sendiri bermula Darjah 6. Masa tu emak saya kerja sorang untuk besarkan kami 4 beradik. Sebab tu saya rasa manisnya bila sekarang ni saya dah dapat kerja tetap dalam Kerajaan.
Bila kita usaha, kita akan melalui fasa buat salah dan belajar dari kesalahan. Itu akan dijadikan pengalaman kita. Kita akan jadi diri kita selepas melalui pengalaman ini.
Cuba korang bayangkan kalau kesenangan korang dapat tu senang dan tanpa usaha, apa korang akan rasa?
p/s : Pengalaman bercinta pun salah satu perkara yang mematangkan kita. Kan? Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.1
Sila Tekan Like Jika Suka